Kelmarin (orang KL sebut semalam), aku ada naik KTM komuter. Sebenarnya, aku jarang naik tren2 KTMB ni selain "intercity". Ni nak crita, ni kali kedua aku naik komuter sejak mai Kolompo (da 5 taun dah kat sini)...haprak nya aku..uhuhu..tapi kali ni lain sangat dari waktu first dulu...nak tau apa yang lain??...baca jela crita kat bawah...LAYAN!!..hahaha~
Jauh jaraknya, sudah kelihatan,
Berduyun menunggu, kedatangan dia,
Bila tiba, berebut ke depan,
Itulah suasana, di stesen komuter kita.
Berebut-rebut para penumpang,
Orang nak keluar, pintu di halang,
Adab timur, sudah hilang,
Ada segelintir, mulutnya lancang (kurang enak percakapan).
Orang di dalam, berasak-asak,
Orang di luar, bertolak-tolak,
Suasana sempit, penuh sesak,
Bau peluh, bau ketiak.
Pening aku, terhoyong-hayang,
Berdiri aku, tak perlu pegang,
Tak perlu risau, jatuh terlentang,
Kerana orang jadi penghadang.
Orang hairan, aku senyum sendirian,
Mungkin dianggap aku dari Tanjung Rambutan,
Sebenarnya rasa lucu dalam fikiran,
Beginilah mungkin, perasaan ikan (akhirnya aku faham
perasaan ikan sardin..hehe).
Ini KOMUTER
[Ehsan dari PERTIMA]
Rungutan Sang Cengkerik: Senyumlah (2x)..Ahai Cek Mek Molek...=)