Celoteh 17: Korn dan Kerengga..Apa Persamaannya?


Apa pandangan anda?..ada tak persamaan antara Korn dan Kerengga?..aku pun tak pasti ada tak persamaan..hehe..papun layan jela apa yang ada kat bawah...baca dengan risiko tanggungan sendiri ya..hehe...(^_^)..

Korn dan kerengga apa persamaanya?
Aku sendiri pun tertanya-tanya,
Kenapa aku perlu fikirkannya?
Sekadar suka-suka, menghabiskan masa (ceh..tak dak keja betuii).

Serius aku kata, memang tak sama,
Korn mungkin tumbuhan, mungkin juga band ternama,
Kerengga pula adalah serangga melata,
Yang dijumpai pada pokok jambu dan juga mangga.

::waktu dulu2 rajin jugak dengar::

::Kerengga ganas..haha::
_________________________________________________________________________________

KorN: KorN is my NamE

Kadang-kadang aku tertanya,
Kenapa Korn dan bukannya corn sebenarnya?
Ah, ikut sukalah pemiliknya,
Itu adalah harta intelek pencipta.

Dari Perak datangnya dia,
Rupanya jiran sebelah negeri,
Hairan aku, tak pernah jumpa,
Lain kali aku pi jalan-jalan cari (ingat Kedah ngan Perak tu dekat ka?..haha).

Puas selongkar blognya sana sini,
Tapi tak banyak maklumat diperolehi,
Biasalah, blogger lelaki memang begini,
Kami memang suka sembunyi identiti (biarlah misteriiii).

Terima kasih aku ucapkan pada kamu,
Ada entri dibuat untuk ladang ini,
Serius aku rasa sungguh teharu,
Mari ramai-ramai serbu blog di bawah ini.


Warna hitam latar belakangnya,
Sungguh macho, sungguh bergaya,
Entrinya semua dijamin best belaka,
Marilah ramai-ramai, kita pakat baca.

Kesempatan ini aku ucapkan lagi,
Terima kasih untuk review itu,
Kalau rajin bertandanglah ke sini,
Jika ada kesempatan waktu. 
___________________________________________________________

Kerengga Biru: Girl's Life

Apa pula kaitannya Kerengga?
Dalam tajuk ada sebutkannya,
Jangan kalut jangan gabra,
Kat bawah ni aku cerita.

Kerengga Biru nama pena,
Penulis blog macam kita semua,
Tapi dia bukan blogger biasa,
Pandai mengedit macam-macam benda.

Sains Komputer bidang diambilnya.
Bakal ke USM bulan depan,
Mari sama-sama kita doa kejayaannya,
Moga tercapai cita dan harapan.

Kat sini aku nak bercerita,
Cik Kerengga telah membantu aku,
Satu ikon "shoutbox" telah direka,
Khas untuk Ladang Jagung aku.

Bukan sekali, bukan dua,
Rajin sungguh dia mengeditnya,
Empat kali aku terima (4x dia edit),
Bagi aku semua cantik saja (hehe).

::akan datang di ladang ini..hehe::

Terima kasih tak terhingga,
Habiskan masa secara percuma,
Tiada bayaran dia terima,
Sungguh baik hati Cik Kerengga.

Sebagai balas budi baiknya,
Entri ini khas untuk Cik Kerengga,
Siapa nak melawat blog dia,
Silalah klik banner di bawah sana.



Rungutan Sang Cengkerik: Terima Kasih KorN & Kerengga Biru..Maaf Jika Ada Penggunaan Bahasa Yang Tak Sesuai...=) 


19 comments:

nur_za said...

nur da bce dia review kamu..wah main bls2 review yer..nak jgk..hhehe...
nak jagung pangang 1..

Mya Mashudi said...

oh!
Inilah dia countdown itu..
Taksiasia menunggu..
Terima kasih byk buad si jagung "u"..
Buad entry utk cik kerengga biru..

Hahaha! Takpandai nak pantun pantun ney ... :))

anyways, thanks jagung buad entry utk shaye.. :,))

oh! oh! oh!
terharunye .. :p

Mr. Jagung said...

nur_za:
hehe..rakan sejagung,,,haha..

Kerengga Biru:
a'ah..ni la countdown nya..pening kepala nak reka..uhuhu..
anyway..sama2...(^_^)V..

Anonymous said...

wow!! ganaznya..hihihi

wahhh berbalas review ni, hihi folo back :)

Mr. Jagung said...

Rafflesia™:
haha..muka ganas..hati ada taman..haha..
bukan review, sekadar untuk penghargaan..hehe

anNaqia said...

sama kat K.

Nurul Farhan said...

murah rezeki hang jagung.. asyik bertuah ja.... hehehehehe=)

Sis AI said...

Perghhh.. Untunglaaah dpt shoutobx bruuu! Ekekeke! Ptutla dh takde shoutbox. BTW, rajinnya gegirl tu tolong bro. Bru tau jantina jagung ni haa! Wakaka!

Nina K's Luviee said...

comelnyer blog...jom follow blog i,i will follow yours...http://nina-wns.blogspot.com/

Si Matatajam said...

Suka tgk header jagung. Cute sgt.

Si Matatajam said...

Follow back ye jagung

ShahminNordin said...

nak jagung cup satu? boleh? hee~~

Mr. Jagung said...

anNaqia:
hehe..memang sama..=)

Cha_Haya:
hehe..memang murah...cik cahaya xnak blanja ke??..hehe

Sis Al:
haha...baru taw ka??..hehe..tp saya xle nak login fibox neh..uhuhu..da ganti ngan cbox da..uhuhu..

Nina K's Luviee:
jap g saya g mlawat...tenkiu..folo saya..hehe

Si Matatajam:
comel cam jagung kee??..hehe..jap g saya g folo balik ye..hehe

ShahminNordin:
stok jagung da abes la..hehe

Anonymous said...

rajin sungguh bpantun-pantun :))

ok ingatkan dapat jawapan persamaan tu rupanya tidak , fine -,-

Mr. Jagung said...

sis92:
hehe..relax2..jgn tetekan sgt..hepi2 aja..hehe

Anonymous said...

bestnyerr da review blog . bler nak review blog hani laa . huahua xD perasan sungguh eden niee

Mr. Jagung said...

Hani Shaa:
bukan review pon..just entri balas sebagai penghargaan sebab promosikan blog saya..hehe

Si Matatajam said...

Asal tgk blog jagung ye mesti tingin nk makan. Isk..isk... Jenuh nk cari kat pasar mlm ha ha ha...

Mr. Jagung said...

Si Matatajam:
haha..tiba2 ngidam neh..hehe..Ladang ni da sediakan perhidmatan kurier eros ke rumah..haha