Perjalanan Yang Tiada Tandingan !!


Jika kira kalendar Hijriah, hari ni 27 Rejab. Aku yakin semua umat Islam familiar dengan tarikh ni..kan..kan..tapi aku nak cerita jugak..(^^,).

Ikut sejarah Islam, pada hari inilah "Isra' wal Mi'raj" terjadi di mana nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W telah diperjalankan dari Masjid al-Haram di Mekah al-Mukarramah ke Masjid al-Aqsa di Palestin sebelum dinaikkan ke Sidratul Muntaha

OK, berhenti kat situ, aku tak berkelayakan nak cerita panjang-panjang...hehe..apa pun, entri hari ni ada kaitan secara langsung dengan peristiwa Israk Mikraj iaitu solat. Moga-moga kita dapat ambil pedoman bersama dan bermanfaat untuk anda dan untuk diri aku sendiri..=)

::Ehsan iluvislam.com::



Di Sini..Perjalanan Sudah Berakhir !!

Ehem..ehem..nak cerita ni, aku dah selamat sampai ke kampung..SEMINGGU yang lalu..hehe..kesempatan ini, aku ucapkan terima kasih untuk doa selamat korang kat komen entri sebelum ni ya..toce..toce..(^_^).

Aku sempat jugak baca komen-komen tapi belum reply (kelajuan jalur lebar memuaskan nanti, aku reply la ye..sabaq-sabaq..hehe). Waktu aku baca komen tu, ada orang tanya, dah cuti ke (KorN my twin yang tanya)..haishh KorN ..budak-budak U belum cuti da..ke memang dah cuti?..ok, aku pun tak tau..hehe

Sebenarnya..aku bukan bercuti..tapi dah berhenti..berhenti tengah jalan..haha..aku pi Sungai Buloh baru-baru ni pun, just nak setelkan prosedur nak berhenti je..biasa la kan, duduk kat kolej, bilik mesti la kena “clearance” kan..selain tu, pi kemaskini fail penyelidikan, kemas-kemas inventori dan serba mak nenek lagi la..papun..tu mungkin kali terakhir kot kat sana..owh, sungguh nostalgia..dan sedih jugak..mengalir air mata jernih aku dari kelopak mataku yang cantik ini..ok, part air mata tu tipu je..hehe..tak macho beb lelaki perkasa cam aku teghiak..puih..(^^,)..

Sayonara Sungai Buloh !!


Malam ni dah nak balik Kedah..urusan aku kat sini dah selesai..sapa nak ikut?..jom..jom fly with me...ok...berangan saja..hehe..


Helmet Bukan Sebahagian Daripada Moto..Tapi Sebahagian Daripada Kepala..Ingattt !! 
::http://www.clker.com::

Kedah menggamit, panggil pulang,
Selangor sikit pun tak menghalang,
Aku pulak fikir berulang-ulang,
Adakah nak naik kapai teghebang? (berangan jela..uhuhu).

Men In Black 3 & Lady Gaga

Waktu aku pi tengok Pameran Doraemon hari tu..sesapa terlepas, boleh baca kat [SINI], aku ada gak pi tengok cerita Men In Black 3.

Secara keseluruhannya, cerita ni best la jugak..aku ada buat review kat bawah..kalau rajin baca la..kalau malas tengok gambar jela...(^_^).

Yang lain sikit dalam MIB 3 ni, ada watak sampingan lakonan penyanyi popular...Lady Gaga..yup...LADY GAGA !!

TAPI...

Sepanjang aku tengok, tak nampak la pulak dia..
Ceh..padahal...
Tak berapa nak kenal..hoho..tau Lady Gaga ada dalam cerita ni pun kat wikipedia waktu cari gambar-gambar kat bawah..ohoho..
Papun, layan jela ye..=)




WRR Buat Hal Pulak !!

Mesti korang tertanya-tanya,
WRR tu apa sebenarnya,
Hehe..aku gelak dengan selamba,
Tu no moto kapcai aku la.

Nombor cantik tak mampu aku beli,
Guna saja apa JPJ bagi,
Janji moto kapcai ada nombor sendiri,
Berdesup atas jalan, tak dak sapa peduli.

Dah 2,3 hari aku usya,
Angin tayar selalu tak ada,
Bila nak jalan kena isi pula,
Tayarnya botak, bunga tak ada (ni bunga tayar ye..).

Pi bengkel nak tukar baru,
"Aiyaa tayar manyak botak" tauke kedai kata,
Hanya sengeh yang aku mampu,
Tak payah habaq la tauke, ingat aku buta (aiyaa..kalu tak botak, takde la aku nak pi tukar).

::http://www.michelin.com/::

DORAEMON: 100 Years Before The Birth of Doraemon

Jeng..jeng..inilah dia pameran dan sambutan (dan jualan jugak) Doraemon yang aku habaq kat hangpa semua aritu [SINI]

Pameran ni dadakan di e@curve, Damansara...pi la ramai-ramai, yang ada anak-anak kecik lagi best kalau pi..hehe

Event ni diadakan sempena 100 tahun lagi kelahiran Doraemon..kalau dalam bahasa omputeh nye "100 years before the birth of Doraemon".

Kenapa 100 tahun sebelum?..bagi yang tak tau, dalam cerita ni, Doraemon dibuat pada tahun 2112..so 2012 ke 2112 kan jaraknya 100 tahun..kan..kan..=) 


Inilah banner kat dinding pentas utama.


 
Ada "Pintu Suka Hati" lagi tu..nanti Doraemon & Nobita keluar ikut pintu tu la. Tak percaya ke?..hehe


15 Jenis Buah-Buahan Tempatan Terpopular

Ehem..percubaan pertama aku buat entri gambar banyak..pening jugak nak resize, semua gambar gedabak punya besar..aku hentam jela resize, tak tau lah berat ke tak nak loading..kalau ada sapa-sapa nak habaq kat ceq saiz ideal untuk gambar memang dialu-alukan...terima kasih..=)

Kalau nak tau inilah buah-buah yang boleh didapati di rumah aku..jemput la mai ramai-ramai..aku belanja..(tengok muka aku tengah serius ni)..hehe


1) BUAH CEMPEDAK
Kalau nak tau, cempedak adalah buah paling "common" kat kampung aku, semua orang ada. Tak bangga la ada pokok cempedak..haha





2) BUAH DUKU
Buah duku, lebih femes dengan nama "Dokong" kat kampung aku dan juga kawasan-kawasan Utara yang lain. Rupa luaran sama saja dengan langsat. Perbezaan dia hanya pada rasa, lebih manis dan biji kat tengah dia tak pahit.




Ringgit Malaysia Tiga Ratus !!

Kenapa tiga ratus ringgit jadi tajuknya?
Ada blogger buat "contest" ka?
Sebenarnya tiada kaitan  pun dengannya,
Hanya gimik, tak tau nak letak tajuk apa.

300 sebenarnya hanyalah angka,
Menunjukkan rakan, tekan follow blog ni,
Terima kasih aku ucapkan pada semua,
Yang sudi follow hingga capai angka ini.


Pindah Rumah Lagi !!

Hehe..apa ni tiba-tiba pindah rumah pulak, hari tu habaq kata dah ada di fakulti..sabar..sabar..sat ceq nak ceghita..=)

::Ehsan Google::

Sebenarnya, entri ni dah lama wat, tapi draf jela, tak publish sebab keadaan internet yang slow di rumah, tak buleh nak "attach" gambar.

So, kesempatan ini (cewah)..haha..aku guna untuk "publish"..=)

Famili aku pindah lagi,
Kali ini ke kampung pula,
Sungguh tenang hati ini,
Suasana kampung sangat ceria.


Tadaima Version 2 !!

Siapa peminat DORAEMON si kucing robot warna biru dari Jepun ??


Kalau anda peminatnya, bolehlah berkunjung ke e@curve Damansara beramai-ramai...ada "celebration" khas kat sana..

Aku sudah pergi !!..anda bagaimana ??..hehe..tapi cerita tu aku simpan esok jela..gambar belum kuterima..hehe..

Dengan rasminya cerita "Tadaima Version 2" bermula..ini adalah versi sambungan dari SINI (^_^).

Penat aku berjalan jauh-jauh,
Padan muka kedekot nak naik teksi,
Badan busuk, bau peluh,
Bohong lah deadoran aku pakai ni (iklan kata boleh sampai 12 jam..uhuhu).