15 Jenis Buah-Buahan Tempatan Terpopular

Ehem..percubaan pertama aku buat entri gambar banyak..pening jugak nak resize, semua gambar gedabak punya besar..aku hentam jela resize, tak tau lah berat ke tak nak loading..kalau ada sapa-sapa nak habaq kat ceq saiz ideal untuk gambar memang dialu-alukan...terima kasih..=)

Kalau nak tau inilah buah-buah yang boleh didapati di rumah aku..jemput la mai ramai-ramai..aku belanja..(tengok muka aku tengah serius ni)..hehe


1) BUAH CEMPEDAK
Kalau nak tau, cempedak adalah buah paling "common" kat kampung aku, semua orang ada. Tak bangga la ada pokok cempedak..haha





2) BUAH DUKU
Buah duku, lebih femes dengan nama "Dokong" kat kampung aku dan juga kawasan-kawasan Utara yang lain. Rupa luaran sama saja dengan langsat. Perbezaan dia hanya pada rasa, lebih manis dan biji kat tengah dia tak pahit.




3) BUAH DURIAN
Nampak tak buah dia?..kalau tak nampak something wrong lah dengan mata kome..haha..




 4) BUAH MANGGIS
Kategori buah ni "rare". Aku pun tak tau kenapa orang jarang tanam. kalau nak beli, mahal nak mampus, lebih-lebih lagi yang jual secara timbang. GILAAAA!!..jual kulit je tu..isi sikit..rugi !!..rugi !!..




5) BUAH JAMBU
Kenapa ada sebijik je?..maaaf..buah ni dah abes, aku cicah "garam belacan"..ni last, simpan untuk diambil gambar je..hehe..




6) BUAH KELAPA
Di Kedah, jarang orang sebut Kelapa, tapi terpopular dengan nama "Nyiur" atau bahasa kasarnya "Nyoq". Kalau ada orang Kedah sebut "Nyoq" sebagai "kelapa", memang akan dibahan (jadi bahan gurauan) berbulan-bulan..ayat membahan paling popular "Baru selisih bas ke Kuala Lumpur ka bang?"..




7) BUAH PETAI
Sebenarnya, ni belum buah lagi, baru bunga. Buat masak sambal petai, memang femes.




8) BUAH JERING
Walaupun nama dia buah, tapi dia bukan buah tapi sejenis ulaman..hehe..Sapa-sapa yang kedekut, dia sama la dengan buah ni ye..dasar "Tangkai Jering".




9) BUAH PINANG
Aku pun tak tau nak buat pa dengan buah ni. Sapa-sapa nak, bawak galah pi la kait sendiri...haha.





Erkkk..baru 9 ja..mana lagi 6 buah?...hehe..maaf..tak sempat nak amik gambar..so, aku senarai jela kat bawah ye..

10) BUAH RAMBUTAN
11) BUAH JAMBU BATU
12) BUAH JAMBU BOLA
13) BUAH BELIMBING
14) BUAH NANGKA
15) BUAH PETAI BELALANG (haha..sapa tak tau, search google ye).


Rungutan Sang Cengkerik: Hermm..Kat Sungai Buloh Dah Banyak Orang Jual Durian..(^_^) 

9 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Paling suka buah cempedak..sebijik tu boleh abiskan seorg2.. :)

Ayuni said...

ske cempedak goreng!

Ainyer said...

rambutan ngan jambula plg best...

Sally Yatiey said...

Durian2 ^_^ hehe.

aku HaniAsyira said...

semua buah tersenarai suka makan kecuali jering..

zen-zen said...

aku suka buah yang gratis, he..he..

Mr. Jagung said...

LiLy @ MumMyQiStInA:
wahh..hebattTTT..haha..

Ayuni:
me too !!..=)

Ainyer:
bes la jgak..tp saya minat durian..hehe

Sally Yatiey:
ehh..kita sama laa..=)

aku HaniAsyira:
gud3..btol2 rakyat malaysia..hehe

zen-zen:
hehe..sama la kita..=)

+kasih+ said...

suka makan petai belalng tu camtu je.. best... Petai masak sambal udang or sambal bilis pun sodap... mengancam... Durian, Manggis dan Rambutan memang feveret... Pernah masa darjah 6 makan 3 buah nie serentak sampey x ingat dunia pastu demam panas n muntah2... tapi still suka gak makan sebab buah-buahan ini adalah my fevret...

+kasih+ said...

pe kata poskan seket buah jambu bola tu... susah nak cari skrg nie... cicah ngn kicap cili mmg layan r...