Ehem..ehem..nak cerita ni, aku dah selamat sampai ke
kampung..SEMINGGU yang lalu..hehe..kesempatan ini, aku ucapkan terima kasih
untuk doa selamat korang kat komen entri sebelum ni ya..toce..toce..(^_^).
Aku sempat jugak baca komen-komen tapi belum reply (kelajuan
jalur lebar memuaskan nanti, aku reply la ye..sabaq-sabaq..hehe). Waktu aku baca
komen tu, ada orang tanya, dah cuti ke (KorN my twin yang tanya)..haishh KorN ..budak-budak
U belum cuti da..ke memang dah cuti?..ok, aku pun tak tau..hehe
Sebenarnya..aku bukan bercuti..tapi dah berhenti..berhenti
tengah jalan..haha..aku pi Sungai Buloh baru-baru ni pun, just nak setelkan prosedur
nak berhenti je..biasa la kan, duduk kat kolej, bilik mesti la kena “clearance” kan..selain tu, pi kemaskini fail penyelidikan, kemas-kemas inventori dan serba
mak nenek lagi la..papun..tu mungkin kali terakhir kot kat sana..owh, sungguh
nostalgia..dan sedih jugak..mengalir air mata jernih aku dari kelopak mataku
yang cantik ini..ok, part air mata tu tipu je..hehe..tak macho beb lelaki
perkasa cam aku teghiak..puih..(^^,)..
Wah, panjang pulak aku taip entri ni, pencapaian terbaru neh..haha..tapi untuk tak menghampakan anda semua, ada cerita berkait jugak kat bawah untuk anda..kalau nak tengok gambar nostalgia, sila ke bawah lagi ya..haha..terima kasih sudi baca sampai sini..LAYANN..=)
Perjalananku sudah berakhir di sini,
Sudah tiada lagi tempat untukku,
Pengunduranku bukan tanda aku menyerah diri,
Aku mengundur diri mencari sesuatu yang baru.
Apa sudah jadi pada janjimu,
Waktu hadiri temuduga dulu,
Sungguh tinggi keyakinanmu,
Dalam cita-cita mengenggam sijil itu.
Aku bukan lupa waktu itu,
Tapi keadaan berlainan sekali,
Antara realiti dan khayalanku dulu,
Aku tidak nampak sinarnya di sini.
Sebelum waktu banyak dihabiskan,
Baik aku mengundurkan diriku,
Biar aku beralih arah mencari jalan,
Mencari sinar di tempat baru.
Putus asa bukan alasan,
Kerana aku bukan begitu,
Cita-cita ini akan diteruskan,
Walaupun aku sudah bercucu (haha.semangat tu sangat penting).
Walau macam mana pun keadaannya,
Pengalaman di sana sangatlah berharga,
Kerana aku bukan belajar sains semata-mata,
Tapi pelbagai perkara telah aku belajar di sana.
Kerja pejabat, pentadbiran dan juga bendahari,
Telah aku belajar sepanjang di sana,
Mesyuarat pula di sana sini macam pak menteri,
Berjam-jam lamanya, kadang-kadang aku terlena.
Pelbagai pengalaman telah kutempuhi,
Ada masam ada juga manisnya,
Tapi apakan daya diri ini,
Itulah resam hidup di dunia.
So, kesempatan ni, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada
supervisor (Datin Dr. M), co-supervisors (Prof. Dr. H, Dr. N & Dr. R),
co-researchers (Dr. E, Dr. M, Dr. SM, S, & Dr. Z) dan rakan-rakan atas ilmu,
pertolongan, tunjuk ajar dan layanan yang baik selama aku
di sana. Jasa anda akan kukenang selalu.
Supervisors semua sangat membantu,
Pasukan penyelidik juga begitu
Amat sukar bagi aku,
Meluahkan hasrat berhenti dulu.
Ni La Gate Utama, Sapa Nak Masuk Kena Lalu Sini La, Kebanyakan Abang Polis Bantuan Kat Sini Friendly..I Loike..hehe
Ni Pulak Pusat Pengajian Klinikal..Tempat Aku Lepak Dari Pukul 8.00 sampai 5.00 Petang..Jadual Macam Kerja La Pulak..Haishh...
Tudia..Tempat Kerja (Sebenarnya Tempat Lepak-Lepak, Kerja Dalam Lab..hehe).
Meja, Kerusi, Laci, Kotak & Laptop Aku..Amacam?..Kemas Tak?..keh3..
Semua Buku & Jurnal, Meja Yang Baca..Bukan Aku !!..ahaha..
Ni Pulak Kolej Kediaman a.k.a Asrama..Orang Tak Ramai..Banyak Bilik Kosong..Sapa Nak Sewa Boleh La..Aku Buat Bisnes..hehe
Cewahh..Tayang Bilik Pulak..Ni La Bekas Bilik Aku..Jagalah Harta Kerajaan Sebaiknya..Perangilah Gejala Vandalisma..hehe..
OK..TAMATTT~
8 comments:
dalam duka ada tawanya... xpe2 mungkin rezki ko bukan kat sini... rezki ade mana2... yang penting, SEMANGAT tu tak lentur... bagus2... kipidap...
insyaallah...ade yang lebih baik menanti.AMIN:)
syahdu la pulak...
huhu...xpe mungkin ada yang lebih baik menanti kan...
er..er.. berhenti pasal apa eh?
insyaallah...ader hikmah seme tu...
jemput ke blog syi...yg x seberape..syi da follow..=)
syisyimisi.blogspot.com
InsyaAllah.. kehidupan dan perjalanan yg baru lebih baik dri sbelumnya...
*suka rungutan sang cengkerik tu.. ;D
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....
Post a Comment