Tadaima Version 2 !!

Siapa peminat DORAEMON si kucing robot warna biru dari Jepun ??


Kalau anda peminatnya, bolehlah berkunjung ke e@curve Damansara beramai-ramai...ada "celebration" khas kat sana..

Aku sudah pergi !!..anda bagaimana ??..hehe..tapi cerita tu aku simpan esok jela..gambar belum kuterima..hehe..

Dengan rasminya cerita "Tadaima Version 2" bermula..ini adalah versi sambungan dari SINI (^_^).

Penat aku berjalan jauh-jauh,
Padan muka kedekot nak naik teksi,
Badan busuk, bau peluh,
Bohong lah deadoran aku pakai ni (iklan kata boleh sampai 12 jam..uhuhu).


Sampai je rumah tadi terus on lappi,
Teringin pula nak tau jarak perjalananku,
Terus buka "google map" mencari lokasi,
Maklumlah teknologi semua dihujung kuku.

Terkesima den tengok jaraknya,
Mak aii dekat saja jarak atas peta,
Tapi kenapa aku berjalan hampir sejam lamanya,
Rasa macam join larian merentas desa.

Jaraknya 3.4 km cuma,
Tapi rasa macam 34 km pula,
Itulah tanda stamina tiada,
Asyik makan tidur saja.


Aku berazam nak joging selalu,
Cadangnya nak mula hari ni,
Kononnya nak stamina macam dulu-dulu (bajet atlet..pui),
Tapi malas pulak pagi tadi (haha..esok jela..pi tengok doraemon dulu..hehe).


Rungutan Sang Cengkerik: Pastikan Lakukan Sesi Pemanasan Badan Sebelum Anda Bersukan..Ingat !! ...(^_^)


10 comments:

Fatim said...

peminat tegar doraemon ke ni?

nak tanya in the end apa jdi
dgn doraemon.cepat2 give me your answer.

Mr. Jagung said...

Fatim:
hehe..memang tegar..ohoho..

ending dia?..dengar kata ada 3 ending berbeza Fujio. F. Fujiko buat..salah satu dia seperti yg ada dalam komik yg ada kat malaysia..

ending ke2: tgok cni ==> http://www.youtube.com/watch?v=hMFf0806MoA

ending 3: saya tak jumpa lagi..ohoho

محمد شهريل القنيطري said...

hahha..serius sebijik..nak sekor nk bela!!

~Sweet Honesty~ said...

bulu kucing tu ori ke cat yea?? comel la pula kan..

mibi said...

wah comelnyAAAAAAAAA!!minat dorami la doraemon x ..hehehe

FARHAN said...

cari ending 3 bagi jumpa! hahaha ;P

✿Lady Ainaa✿ said...

Really!!! nk pergi!!! awwww.. ena suke bende alah ni, peminat sejak kecil.. awwww.. wow!! jauhnyew berjln kaki 0"0.. xpew2.. truskan usaha.. hehehe

Mr. Jagung said...

محمد شهريل القنيطري:
ambik la..banayak lagi stok..hehe

~Sweet Honesty~:
ori la..mak dia beranak je dah kuar camtu..kih3..

mibi:
berani kau tak minat doraemon..tak boleh dimaafkan ni..hehehe

FARHAN:
dah pupus dah kot ending 3..hehe

✿Lady Ainaa✿:
really my dear..pegi la..arini ada g kot..bout kol 4..ada sesi bergambar ngan doraemon n nobita..hehe

emeliena said...

Tak minat pun doraemon, yang kucing dok tolong Nobita tu kan ? Yang bawak keluar alat2 ajaib dari poket kat perut tu (Menipu benor tak minat). Kakaka .

Oh ya, selamat berjoging :]

Mr. Jagung said...

emeliena:
tolong la kata minat..please..please..haha