Men In Black 3 & Lady Gaga

Waktu aku pi tengok Pameran Doraemon hari tu..sesapa terlepas, boleh baca kat [SINI], aku ada gak pi tengok cerita Men In Black 3.

Secara keseluruhannya, cerita ni best la jugak..aku ada buat review kat bawah..kalau rajin baca la..kalau malas tengok gambar jela...(^_^).

Yang lain sikit dalam MIB 3 ni, ada watak sampingan lakonan penyanyi popular...Lady Gaga..yup...LADY GAGA !!

TAPI...

Sepanjang aku tengok, tak nampak la pulak dia..
Ceh..padahal...
Tak berapa nak kenal..hoho..tau Lady Gaga ada dalam cerita ni pun kat wikipedia waktu cari gambar-gambar kat bawah..ohoho..
Papun, layan jela ye..=)




Hangpa dah tengok Men In Black 3 (tiga)?
Kalau belum pi lah tengok segera,
Masih ditayang kat pawagam di  mana-mana,
Kalau malas tunggulah tayangan kat TV saja.

MIB 3 best jugak ceritanya,
Ceritanya takde lah melalut entah apa-apa,
Jalan cerita kemas buat aku suka,
CGI pula cantik macam real saja.

Babak pertarungan tak banyak sangat,
Tapi itu tak buat aku patah semangat,
Sebab cerita ni kelakar sampai tak hengat,
Lakonan Will Smith best sangat.

Bagi aku, MIB 3 sesuai untuk semua usia,
Untuk orang muda mahupun tua (tapi klasifikasi dia PG13 ye..hehe),
Hanya ada babak kelakar dan lawan-lawan saja,
Babak lain, maaf ye, memang tak ada (ke masuk Malaysia kena potong?).

Cerita mat saleh pon clean saja,
Kenapa cerita Melayu nak mengada-ngada?
Nak letak jugak babak "daring" sini sana,
Kononnya nak bagi pengajaran kat masyarakat kita (haishh..tak paham den).

Jalan cerita memang menarik,
Merentas masa jadi topik utama,
Ejen J terpaksa ke tahun 1969 balik,
Untuk menyelamat Ejen K dari musuh lama.

Banyak perkara terjadi di sana,
Rahsia Ejen K & O terbongkar juga,
Apakah hubungan mereka berdua? 
Kisah silam Ejen J terlibat juga,


Will Smith sebagai Agent J
::http://allhiphop.files.wordpress.com::


Josh Brolin sebagai Agent K (1969)
::http://allhiphop.files.wordpress.com::




Tommy Lee Jones sebagai Agent K (2012)

::http://allhiphop.files.wordpress.com::




Jemaine Clement sebagai Boris the Animal (Penjahat Utama MIB III)

::http://reelmovienation.com::


Alice Eve sebagai Agent O (1969)  
::http://www.comicbookmovie.com::


Emma Thompson sebagai Agent O (2012)
::http://www.comicbookmovie.com::



Cukuplah spoiler sampai situ saja,
Cerita lanjut, tontonlah sendiri ya,
Bukan salahku kalau korang hampa (kalau tak best la),
Sebab minat kita memamg berbeza-beza (hehe).


OKEH..TRAILER PULAK...!!



Rungutan Sang Cengkerik: Tunggu Amazing Spiderman pulak..Madagascar 3 Dah Mula Hari Ni..!! ...(^_^)

10 comments:

Tempoyak said...

aku rase aku pasan muke LG tuh. die masok mase nak lepaskan Boris the animal. kan? aku pon x kenal sgt lady gaga sena nye. muahahah.

hey Boris the animal!
dont call me that name!

muahahhaha. aku suke citer ni!

Adylia Qarissa said...

takot tengok muka yang depan ;0

+kasih+ said...

best e... bila la nak tgk wayang lagi nie... huhuhu...

ch000tz axoera ヅ said...

lady gaga..?huhhhh okes nnti checkeout

Alieza Dayasari said...

ermmm nk tgk smlm. dh pack.
alek2 layan lah man sewel..
apakan daya.

iEdA said...

Ada ke lady gaga??seyes xpasan tym tgk 2 sbb yg nmpk cuma nicole p.dolls 2 jer...

aku HaniAsyira said...

hmmm... tunggu nanti jelah tgk.. hahaha

محمد شهريل القنيطري said...

ermmm bila lah nk keluar dvdrip ni..x sabar nk download..hehe

Nong Andy said...

kalau sungguh bagai dikata
nanti saya nak gi tgk juga
citer man in black best kononnya
kalau movie aku tak cerewet punya!

hehe...

Anonymous said...

Bang, Lady Gaga wataknye mcm watak Michael Jackson (makhluk asing yg menyamar manusia) mse MIB yg lps. sekadar di skrin kt HQ MIB je.
Dr dulu smpi skg skrin besar kt HQ tu mmg menampilkan cameo2 artis kononnye diorg tu jugak makhluk asing.