Tadaima !!

Assalamualaikum kawan-kawan semua,
"Tadaima" orang Jepun kata waktu kembali,
Agak lama aku hilang dari dunia maya,
Macam besa la, internet buat hal lagi.

Alhamdulillah hari ni aku berjaya,
Untuk buat satu entri kat blog ni,
Ini sebab internet aku laju gila,
Maklum la aku dah kat fakulti ni.

Aku naik bas dari Kedah,
Sampai Sungai Buloh petang tadi,
Aku minta nak turun kat Hentian Sebelah (Sungai Buloh Utara).
Dari sana aku jalan kaki.

Orang Besar Datang !!

Orang Besar?..besar manakah dia?..hehe..

Tak besar mana pun, badan dia ok ja…tapi sasa jugak..sasa macam aku (puii)..haha..kena lempang sekali boleh rebah jugak kot..(^_^)..

Sebenarnya, bukan saiz badan yang besar..tapi jawatan dia la..dalam Negeri Kedah ni beliau la orang paling besar (bawah Sultan la)..siapakah dia??

Itulah dia…MENTERI BESAR Kedah.


Kelmarin (orang KL = semalam) beliau mai kat kampung aku ni.. tapi aku tak pi pun, sibuk sikit. Sibuk mencincang daging kat rumah sepupu aku...MENCINCANG ya, bukan memotong..haha..

Bukan apa, aku tak tau teknik-teknik memotong yang betul, aku main cincang ja..janji jadi ketul kecik..=) Ada kenduri kesyukuran sikit dan sambut cucu baru. HAA!!..sepupu aku dah ada cucu!..aku kawen pun belum..rasa “loser”nya..haha

Emm..sebenarnya aku teringin gak nak pi minum petang ngan Menteri Besar..first time beliau mai kampung aku ni, untuk melawat kawasan la lebih kurang..tambah-tambah lagi dah tak lama nak pilihanraya kan..perkara biasa la tu..tapi apakan daya..uhuhu..

Opss..jangan babitkan politik ya..aku tak kisah pun apa parti mereka..janji mereka dapat mandat untuk pegang jawatan.

Aku masih percaya lagi pada konsep demokrasi walaupun masih kurang sempurna berbanding konsep politik Islam..tapi agak mirip la jugak dengan sistem politik Islam berbanding tirani, komunisme ataupun lain-lain.

Jika tanya aku, mana aku sokong?..

Jawapannya...mungkin aku masih “Lalang” seperti Mat Luthfi..mungkin jugak “atas pagar”…atau mungkin jugak politik berkepentingan..siapa tahu?..hanya aku dan PENCIPTA aku..wallahu a’lam…



Rungutan Sang Cengkerik: Kita Rungkaikan Pertingkahan..Carikan Titik Pertemuan..Dan Marilah Sama-Sama Kita Hayati Ayat ALLAH dari Surah Ali-Imran Ayat 26...(^_^)



Segmen Saya Nak Join Bloglist KorN

Sebut "KorN" masih ingatkah anda?
Aku pernah buat entri tentang dia,
Kalau tak ingat tengoklah entri lama,
Bertajuk "KorN dan Kerengga: Apa Persamaannya?

KorN buat segmen kat blog dia,
Untuk mencari bloglist untuk blognya,
Aku gatal tangan nak join juga,
Kalau anda beminat, klik banner kat bawah sana.


::Untuk Syarat & Penyertaan Sila Klik Kat Banner Ya::


Rungutan Sang Cengkerik: Jom Join Ramai-Ramai Kawan-Kawan Sekalian...=)


Celoteh 28: Final Piala FA 2012 - Tahniah Kelantan !!



Piala FA baru tamat saja,
Kelantan menang kali pertama,
Tahniah diucapkan pada mereka,
Usaha berbaloi, kemenangan diterima. 

Permainan tadi amat menghiburkan,
Tak ada pergaduhan mahupun pertengkaran,
Sungguh lancar dengan satu bantahan,
Penalti disepak gol diraikan.

Celoteh 27: Line Internet Rumah Aku !!

Inilah keadaan internet kat rumah aku, celcom je yang sampainya, tu pun sikit ja...pintu rumah pon tak lepaih..haha..



Kesimpulannya di sini, seronok la kome yang internet laju..jelesss..uhuuhu..


Rungutan Sang Cengkerik: Jelesnya Aku Ngan Hangpa...(T_T)


Celoteh 26: Exam PTD

Fuh..dah lama aku tak pegang pensil untuk hitam-hitamkan kertas OMR tu..dah kekok rasanya..kehkeh..ayat bajet gila..puii~

Sebenarnya aku nak cerita, aku ada pi exam aritu...exam Pegawai Tadbir & Diplomatik. Walaupun cerita ni da basi, dah hampir seminggu (12-05-2012), tapi aku nak cerita jugak..layan jela ye..hehe..

Celoteh 25: Hujan !!



Nampak tak "salam" kat atas?..kalau tak nampak memang pelik la kome semua..hehe..Sebenarnya, aku bukan nak ceghita pasal "salam" kat atas...tapi nak cerita pasal cuaca..ya..CUACA. 

Bukan apa, kat rumah aku ni, hujan je memanjang. Kalau tak siang, dia mai malam. Kalau tak pagi, dia mai petang. Nasib baik rumah aku ataih bukit, kalau banjir pun, payah sikit nak kena kot. Kemungkinan mati lemas lam rumah tu kurang la. Kalau nak mati pun, mungkin sebab tak dak pa nak makan la, kedai tenggelam...hohoho..

Papun, cam besa la..da sikit ole-ole kat bawah. Pakat-pakat baca la noh, bukan senang aku nak "update" ni. Dari pukul 2 tadi g dok tunggu loading..uhuhu..(T_T)..


Dari jauh nampak tandanya,
Bayu meniup, liung liuk pepohon,
Langit pula hitam kelabu warnanya,
Tanda hujan nak turun.

Celoteh 24: Benda Yang Mengundang Kemarahan !!


Assalamualaikum Semua.

Wah..dah lama tak update blog kecil ini..apa khabar kawan-kawan yang sudi terjah ke sini?..hehe..

Lama aku menghilang dari dunia seni..eh silap..dunia maya, hari tu bukan main rajin lagi update entri hari-hari..tiba-tiba hilang, adakah aku hanya "hangat-hangat tahi ayam" (siap peribahasa tu..ohoho)

Sebenarnya, sejak balik kampung, internet tak dak, tak boleh nak online lah jawabnya..so, kenapa hari ini boleh?..jawapannya...ada DI BAWAH..

Selamat membaca..bacalah sekadar yang termampu..ganbatte..hehe..(^_^)..


Apa sudah jadi pada aku,
Duduk salah, berdiri pun begitu,
Hidup sudah jadi tak menentu,
Sehari terasa macam seminggu (lamanya masa berjalan).