Celoteh 26: Exam PTD

Fuh..dah lama aku tak pegang pensil untuk hitam-hitamkan kertas OMR tu..dah kekok rasanya..kehkeh..ayat bajet gila..puii~

Sebenarnya aku nak cerita, aku ada pi exam aritu...exam Pegawai Tadbir & Diplomatik. Walaupun cerita ni da basi, dah hampir seminggu (12-05-2012), tapi aku nak cerita jugak..layan jela ye..hehe..



Buang tebiat bangun awal pagi,
Pukul 6.30 telah bertolak pergi,
Pukul 8.15 baru tiba destinasi,
Dah ramai orang dok menanti.

Aku pergi mak ayah iringi (mak ayah hantaq cam pi sekolah ja..haha),
Kesian sungguh mak ayah aku,
Tunggu aku dari pagi,
Sungguh bersyukur mak ayah aku tunggu.

Masuk dewan pukul 8.40 pagi,
Tunggu kertas pengawas bagi,
Pukul 9.00 exam mula dengan rasmi,
Pakat menulis tak tengok kanan kiri.

Dahsyat sungguh peperiksaan ini,
5 “paper” dalam sehari,
Dari pagi sampai petang hari,
3.30 petang baru lega hati (yeahh..dah abes..haha)


Paper pertama pengetahuan am diuji,
Soalan matematik paper kedua,
Paper ketiga menguji kefahaman diri,
Paper 4 dan 5, esei belaka.

Jika tanya pendapat aku,
Exam PTD sukar juga,
Doa saja yang termampu,
Selepas usaha apa yang terdaya (ceh..usaha la sangat..haha).


Actually, aku pun tak tau Pegawai Tadbir dan Diplomatik a.k.a PTD tu. Aku main letak ja waktu isi borang dulu. Skop kerja lagi la aku tak tau tapi yang pasti orang kata PTD payah nak lulus. Apa pun tak buleh..haishh~


Rungutan Sang Cengkerik: Sapa-Sapa Yang Tau Menda Pa PTD Tu Buleh La Kongsi2 Kat Sini...=)


4 comments:

Dalila Diela said...

semoga jagung dapat kerja :)

Liyana Anuar said...

hehe..saya dah 2 kali amik exam PTD..mencuba nasib~~ :p

pegawai tadbir & diplomatik.

adalah untuk pegawai pentadbiran..tgk nama jawatan pun dah tahu (budget cam tau sgt, padahal tanya mak :p).

PTD ni juga boleh jadi duta. (diplomatik)...

sekian, time kasih~ :p

Nurul Farhan said...

duk dgaq cikgu2 kt sekolah duk ceqeta pasai exam ni.. xfhm apa2 pon.. =.=

tpi yg dengaq mmg ssh nk lulus.. hu2..

apa2pun good luck jagung! =)

Mr. Jagung said...

Dalila Diela :
haha..tenkiu..cuba nasib jela..uhuhu

Yana Libra:
owh camtu ke..leh jadi duta?..hebattt..jadi duta ke Jepun best la saya..haha

FARHAN:
eh..dah xguna Cha_Haya ka??..penat aku dok loading blog hang, loading ak abih pun..seb bek aku masih kenal background blog hang..haha..