Celoteh 28: Final Piala FA 2012 - Tahniah Kelantan !!



Piala FA baru tamat saja,
Kelantan menang kali pertama,
Tahniah diucapkan pada mereka,
Usaha berbaloi, kemenangan diterima. 

Permainan tadi amat menghiburkan,
Tak ada pergaduhan mahupun pertengkaran,
Sungguh lancar dengan satu bantahan,
Penalti disepak gol diraikan.

Buat Kelantan, tahniah aku ucapkan,
Kesungguhan anda jelas kelihatan,
Bagi aku memang anda berkelayakan,
Kali pertama menang setelah 3 kali percubaan.

Buat Sime Darby janganlah hampa,
Permainan anda baik juga,
Tapi apakan daya kita,
Nasib tidak menyebelahi anda.

Sime Darby tak bernasib baik saja,
Satu penalti, kekalahan diterima,
Keseluruhan permainan baik-baik saja,
Catat sejarah sebagai kelab pertama.

Jika tanya aku siapa jadi kegemaran,
Dengan ikhlas aku beritahu,
Aku sokong pengadil permainan,
Sebab dia dari Kedah macam aku (hahaha..).


Rungutan Sang Cengkerik: Tahniah Kelantan..Usaha Lagi Sime Darby & Kedah Tahun Hadapan...(^_^)


2 comments:

KorN said...

memang jenis ko suka entry bergurindam yew?

Si Jagung said...

KorN :
haha..senang ckit nak pkir..wat karangan aku xpandai..uhuhu..
x best ke camni?..nak kena ubah cara manulis..pa pandangan saudara?..cewah..