Orang Besar Datang !!

Orang Besar?..besar manakah dia?..hehe..

Tak besar mana pun, badan dia ok ja…tapi sasa jugak..sasa macam aku (puii)..haha..kena lempang sekali boleh rebah jugak kot..(^_^)..

Sebenarnya, bukan saiz badan yang besar..tapi jawatan dia la..dalam Negeri Kedah ni beliau la orang paling besar (bawah Sultan la)..siapakah dia??

Itulah dia…MENTERI BESAR Kedah.


Kelmarin (orang KL = semalam) beliau mai kat kampung aku ni.. tapi aku tak pi pun, sibuk sikit. Sibuk mencincang daging kat rumah sepupu aku...MENCINCANG ya, bukan memotong..haha..

Bukan apa, aku tak tau teknik-teknik memotong yang betul, aku main cincang ja..janji jadi ketul kecik..=) Ada kenduri kesyukuran sikit dan sambut cucu baru. HAA!!..sepupu aku dah ada cucu!..aku kawen pun belum..rasa “loser”nya..haha

Emm..sebenarnya aku teringin gak nak pi minum petang ngan Menteri Besar..first time beliau mai kampung aku ni, untuk melawat kawasan la lebih kurang..tambah-tambah lagi dah tak lama nak pilihanraya kan..perkara biasa la tu..tapi apakan daya..uhuhu..

Opss..jangan babitkan politik ya..aku tak kisah pun apa parti mereka..janji mereka dapat mandat untuk pegang jawatan.

Aku masih percaya lagi pada konsep demokrasi walaupun masih kurang sempurna berbanding konsep politik Islam..tapi agak mirip la jugak dengan sistem politik Islam berbanding tirani, komunisme ataupun lain-lain.

Jika tanya aku, mana aku sokong?..

Jawapannya...mungkin aku masih “Lalang” seperti Mat Luthfi..mungkin jugak “atas pagar”…atau mungkin jugak politik berkepentingan..siapa tahu?..hanya aku dan PENCIPTA aku..wallahu a’lam…



Rungutan Sang Cengkerik: Kita Rungkaikan Pertingkahan..Carikan Titik Pertemuan..Dan Marilah Sama-Sama Kita Hayati Ayat ALLAH dari Surah Ali-Imran Ayat 26...(^_^)



11 comments:

Anonymous said...

uwaah sis pun tak penah lagi jumpa orang besar johor face 2 face
layan mat lutfi jugak hadei :)

Mr. Jagung said...

ss92 :
haha..p la jumpa..2,3 menjak ni ramai org besar2 dtg..haha..
sampai org kecik2 dah malas nak pi tgok..haha~
sis pon layan matluthfi jugak ka??

ShahminNordin said...

LALANG~~~

Mr. Jagung said...

ShahminNordin :
Lalang kah anda?..haha

Himawari Mirsada said...

ingt owg 2 mmg bsr..hehe

Nurul Farhan said...

pernah duduk sebelah meja dgn sultan.. tu la kengan tgk org BESAR secara dekat.. kih3.. xpenah lgi tgk menteri besar secara dekat.. =)

errrr ku hya lihat HIJAU.. hikk.. ;D

RIZZNA said...

Dhnk PRU, sumeq tunjuk muka

FEDO said...

Erm. Takpa. Bz lah bh tu kalau tengah mecincang. Nanti kmu kawin, jemput lah pulak dia.. :)

nohas said...

Assalam, singgah sebentar di Ladang Jagung..

Amat benar ayat Allah SWT itu, Dialah yg akan memberi kuasa pada siapa yg dikehendakiNya..politik is part of deenul Islam, teguhkan pendirian..

Daging cincang sedap dibuat kuah spaghetti..

Si Matatajam said...

Hanya Allah yang tau.. Hu hu...

Cik Kay Jue said...

sama la kita.. ckj pun still lalang lgi kot sebab entah la.. huhuhu..