Celoteh 24: Benda Yang Mengundang Kemarahan !!


Assalamualaikum Semua.

Wah..dah lama tak update blog kecil ini..apa khabar kawan-kawan yang sudi terjah ke sini?..hehe..

Lama aku menghilang dari dunia seni..eh silap..dunia maya, hari tu bukan main rajin lagi update entri hari-hari..tiba-tiba hilang, adakah aku hanya "hangat-hangat tahi ayam" (siap peribahasa tu..ohoho)

Sebenarnya, sejak balik kampung, internet tak dak, tak boleh nak online lah jawabnya..so, kenapa hari ini boleh?..jawapannya...ada DI BAWAH..

Selamat membaca..bacalah sekadar yang termampu..ganbatte..hehe..(^_^)..


Apa sudah jadi pada aku,
Duduk salah, berdiri pun begitu,
Hidup sudah jadi tak menentu,
Sehari terasa macam seminggu (lamanya masa berjalan).

Kenapa aku jadi begini,
Bukan aku tak sabar nak berbini,
Tapi sebab internet tak dapat dilayari,
Terasa amat ketagih sekali.

Inilah kesan arus modenisasi,
Hidup tak lengkap tanpa dunia maya,
Kuat sungguh penangannya pada masa kini,
Adakah ini hegemoni barat pada seantero dunia? (tiba-tiba ayat bombastik pulak..haha).

Akibat tak tahan ketagihan alam maya,
Aku telefon celcom careline dengan segera,
Suara “comel” cik adik manis menjawab mesra,
Buat aku jatuh hati sekejap padanya (kejap je..lepas tu tak dah la..haha).

Dia kata nombor (broadband lama) aku sudah ada pengguna,
Maka, tak boleh lah nak “activate” semula,
Hanya tinggal satu cara sahaja,
Beli simcard barulah jawapannya.

Kini aku sudah ada Jalur Lebar baru,
Sebab itu aku boleh berfoya-foya,
Tapi satu pekara menjengkelkan aku,
Kelajuannya macam kura-kura.

::Berukben: Benda Yang Boleh Mengundang Kemarahan::

Nak masuk fesbuk pon terhegeh-hegeh gila,
Tunggu loading saja, sempat dulu lena,
Kalau mandi, sampai sudah belum juga habis loadingnya,
Adakah rumah aku ni jauh ke dalam belantara?

Stress gila aku dengan berukben ini,
Rasa nak baling keluar ke halaman sana,
Kadang-kadang, terasa macam nak hentak lappy (nasib baik mahai),
Tak pasal-pasal tetikus pula yang jadi mangsa (lepas perasaan kat tikus..haha).

Maaf ye wahai kawan-kawan semua,
Tak boleh aku nak bermaharajalela kat blog anda,
Nak loading blog aku pun terhegeh-hegeh saja,
Lenguh jari asyik “refresh” berjam-jam lamanya.


Rungutan Sang Cengkerik: Adakah Berukben Adalah Sejenis Beruk?..Mari Kita Sama-Sama Kaji ...=)


7 comments:

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

celcom slow ke
ad0ooii egat baru nk tukar kew celcom.cik eyla pakai P1 mcm kura2 gak ! bile nk ber online mesti kene bergado dulu ngn P1 bahaha ( sangat2 sakit aty )

Mr. Jagung said...

♥ Cik EylaDiLLa ♥ :
kat rumah saya memang slow la..maybe sb kat kg pedalaman la kot..kalu kat bandar tu laju je..uhuhu

Nour Adieb said...

Agagaga,mang panas jugaklah hati tym broadband bertukar mjadi berukband.Tabah jak lah :)

Nurul Farhan said...

dah agak dh.. mesti blik kg xdpt nk on9.. tu menyepi ja.. harharhar;P

xpa la.. berukben pon berukben la..
kena tingkatkan lgi tahap kesabaran tu.. hikkk ^^

lma sgt xjenguk,, dh nak naik semak dh ladang jagung hang ni..,, kih3

Anonymous said...

halloo jagung..patutlah dh lama tk nampak..
haha nk tau tk..sis baca pantun ni dgn melodi lgu cinta muka buku apehal entah padahal tak suka lagu tu 0-0

Dalila Diela said...

laaa.. yeke? alaaa siannya jagung :)
skg bolehla on9 lama2.

Sha Mohamed said...

Patutlah senyap sunyi jer ladang jagung... rupa-rupanya tuan ladang pergi bertapa.. hehehe... selamat kembali bermaharajalela di ladang anda yang dah semak samun nie.. hehehe...