Celoteh 23: The Avengers


Yeahh..semalam berjaya jugak aku pi tengok "The Avengers" 3D sebelum balik kampung..hehe..best jugak cerita ni...

Sapa tak tengok lagi??..sila lah pi tengok..tapi boleh ja kalu nak download..dah ada dah versi CAMrip..silalah tanya encik google, nak downlod kat mana..hehehe..papun..kat bawah ni aku ada wat review, dari perspektif aku yang berjiwa orang tua...ohohoh..LAYANN~

::The Avengers Poster::
The Avengers movie box-office tahun ini,
Boleh ditonton dalam 2D dan juga 3D,
Kisahkan tentang superhero gagah berani,
Lawan musuh, pertahankan bumi.

Konflik bermula dengan pencerobohan Loki,
Merampas “Tesseract” dari Nick Fury,
Dengan kuasa sebagai Director “S.H.I.E.L.D”,
Mengumpul adiwira seluruh pelusuk bumi.

Black Widow, The Hulk dan Captain America,
Tak lupa jugak Hawkeye, Iron Man dan Thor separa dewa,
Akhirnya, semua adiwira bergabung tenaga,
Melawan Loki dan bala tentera “Chitauri”nya.

Plot di awal sangatlah perlahan,,
Hampir terlena aku menontonnya,
Nasib baik watak “Iron Man” penyelamat keadaan.
Dengan lawak-lawak sarkastiknya.

Bagi aku perkembanngan watak setara semua,
Captain America bertindak sebagai ketua,
Untuk tingkatkan peranan dia dalam drama,
Maklumlah kuasa dia cam “hampeh” saja (baling-baling tudung saji aje..hehe).

Iron Man dan Thor menyerlah sekali,
Kehebatan Hulk pula jangan dipandang sepi,
Hawkeye dan Black Widow kurang aksi,
Mungkin sebab tak ada sut tersendiri (pakai baju biasa je, tak macho la..hehe).

Momen paling kelakar bagi aku,
Ketika Hulk menyertai peperangan,
Dengan selamber dia datang membantu,
Menunggang kapcai buruk penuh kemachoan.

Movie ini boleh tahan saja,
Iron Man 1 dan 2 lagi best rasanya,
Aku bagi 3.5 bintang saja,
Bagi peminat, jangan terasa ya.

Bagi siapa yang belum menontonnya,
Boleh pergi ke cinema berdekatan,
Kalau nak jimat boleh download saja,
Kalau nak tengok “trailer”, saya dah sediakan.


::LAYAN TRAILER::

::Info Lanjut: http://www.imdb.com/title/tt0848228/:: 


 Rungutan Sang Cengkerik: Aku Kipas Susah Mati Iron Man...=)  


11 comments:

Si Matatajam said...

M pun tak sabaq nak ajak cik Abg p tgk crita ni

Sho Shi said...

blog saye ade cartoon version jer ):

Sis AI said...

Pergh, gempak bro cerita ni! Hahaha! Pantun The Avengers? Untunglaaaah ada org buat pantun crite Amerika, hahaha!

+kasih+ said...

hohoho... en.jagung telah mendahului saya nampaknya... nie yg jeles nie.. xpe la.. nmpknye kena download jelah.. x berkesempatan dah nak menonton wayang... hehehe...

sis92 said...

sampai hati abam g tak bawak sis

uwwaaaa :'(

Cha_Haya said...

ntah bila la nk dan tgk.. =.=

FEDO said...

walau pun fiction, hebat...bh.. hihih

Muttallif said...

Cerita ini nampak "Best"! Sedia untuk menjenguk panggung wayang :)

Rafflesia™ said...

xboleh tengok2 lagi sampai hari ni. sadis... @_@

ShahminNordin said...

best kan cite nie...dah tgok dah... byk adegan aksi menarik ngan lawak2 sengal...

iEdA said...

pd ida,battleship lg besh dr avengers sbb cter neh slow kot...mmg ngntok smntra nk tgu part lwn2 2 smpai... ^_^