Celoteh 18: Demi Masa - Lagi Laju Dari F1 !!

Assalamualaikum..


Wah..sungguh sibuk aku 2, 3 menjak ni..uhuhu..nak "blog berjalan-jalan" pun tak sempat..apa yang aku buat ya??..entah..ohoho..pos entri pun dah lari "timing" dia..petang pulak..huhu..papun..jom pakat-pakat baca entri terbaru aku..hee

Kalau ada kesempatan masa nak baca, bacalah semua..kalau tak sempat, baca lah setakat mampu, 3/4 ke, setengah ke, 1/4 ke..baca tajuk je ke...tiada unsur paksaan atau tirani di sini..hehee..(^_^)..

::Berjalan-Jalan @ GOOGLE::

Sungguh cemburu dikau akan daku,
Tiada daya aku mengejarnya,
Tiada makhluk yang setanding denganmu,
Inikan pula aku yang tak berdaya.

Tiba-tiba pergerakanmu kurasa lambat,
Kerana itu bukan sifat sebenar,
Bila aku dalam kelas atau mesyuarat,
Lain pula kalau aku sedang berfoya-foya di luar (haha).

Mesti orang tertanya-tanya,
Aku merapu apa kat atas sana,
Jawapannya mudah sahaja,
Aku sedang berbicara tentang “masa”.

Waktu aku sedang bergembira,
Buat kerja, faedah tiada,
Cepat saja masa terbang begitu saja,
Tapi belajar,kerja lambat pulak ia (lambat betui tunggu loceng sekolah bunyi..hehe).

Maka benarlah sabda Baginda,
Janganlah alpa mengurus masa,
Kejarlah 5 perkara, sebelum 5 perkara,
Sebelum kita dijemput oleh-NYA.

::http://www.iluvislam.com::

Sabda Nabi bukti berharganya masa,
Dikuatkan lagi dengan ayat-ayat dari-NYA,
Seperti temaktub dalam Kitab Suci kita,
Rujuklah surah Al-Asr ayat 1 sampai 3 (tiga).

Masa amat penting bagi kita,
Diibaratkan “emas” oleh orang tua-tua,
Wajiblah kita isi dengan sempurna,
Jangan biarkan berlalu begitu saja.


Rungutan Sang Cengkerik: Baca Sambil Dengar Lagu RAIHAN pun OK Jugak...=) 


10 comments:

Anonymous said...

same laa lately nih pun hani da jarng blogwalking kat blog lain . eeehe . mmg sebab byk bnda2 yg nak diuruskan :)

Mr. Jagung said...

Hani Shaa:
blog lain xpe..Ladang Jagung..xbuleh..haha..=P

Sha Mohamed said...

hohoho... mase itu mmg sgt penting... bak kate en.jagung bila bersukaria, cepat betol mase berlalu bila tgh malas nak keje raser cam terseksa menunggu mase...
tp alhamdulillah skrg bila bersemangat berkerja mase berlalu dgn pantas tanpa terbuang.. Malah semakin bersemangat nak berkerja.. kerana bila kita menyedari tujuan kita kerana Allah hati yg gundah menjadi gembira.. jiwa yg lemah jadi bersemangat... kan.. kan... semoga kita smeua sentiasa menghargai masa..

Sha Mohamed said...

lupa lak nak tanya mane cbox en.jagung... nak tgl jejak nie...

Nurul Farhan said...

ya skarang ni mmg sibuk.. budak2 dah nak exam! cepatnya masa berlalu! xdan nak ligan.. =.=

FEDO said...

Masa itu emas.He2

ShahminNordin said...

samala...dah malas blogwalking...skang blog flying je..laju skit..hee~~

Sis AI said...

InsyaAllah bro.. Pantun yg brisi ni. Msa ni makin lama makin singkt. Tgk skrg, 4 hari lg dh 30 April. Mcm cepat je msa brgerak..

Anonymous said...

hehe suka lah baca pantun dia..
tiba2 teringat dulu sis ada buat persembahan cm sketsa lah..pasal masa
pastu kitorang g bernasyid lagu demi masa :)

Mr. Jagung said...

+kasih+:
yup2..betol tu..keikhlasan ,memang penting..nati nak wat entri tntang ikhlas la pulak..hehe..
CBOX ada kat tepi ye..hehe..

Cha_Haya:
hehe..camtu la jadi cekgu..budak nak exam, cekgu yang ketaq kepala..haha

FEDO:
betol2..Masa lagi berharga dari pisang emas..hehe

ShahminNordin:
fuyoo...tu memang hebat..nek jet pa??..hehe

Sis AI:
a'ah..cepat je..tgok2 da nak abeh dah sebulan..uhuhu

sis92:
wah..nostalgia tiba2..hehe..

Iena Eliena:
salam kembali..terima kasih sudi folo blog kecik neh..saya dah g folo n round2 kat blog awak..hehe