Celoteh 21: Fasha Sandha Dah Nikah !!


Waktu terbang di alam maya,
Mendarat aku di planet RotiKaya,
Sudah lama aku tak ke sana,
Owh, ada berita menarik tersedia.

Selepas pelbagai kontroversi dilalui,
Pelbagai onak ranjau direnangi,
Akhirnya bersatu juga merpati sejoli,
Fasha Sanda dan Jejai selamat bertaut kembali.

Dinikahkan oleh bapa sendiri,
Hanya 2 kali lafaz, Fasha bergelar isteri,
Sungguh hebat Jejai kawal diri (tak gabra langsung),
Maklumlah ini kali kedua, dia hadapi (hehe…expert dah).

::http://www.rotikaya.com/::

Busana warna cerah pilihan hati,
Hasil rekaan Rizman Ruzaini,
Crowne Plaza Mutiara Hotel menjadi destinasi,
Tempat bersejarah janji termateri.

Majlis resepsi jauh sekali,
Bali menjadi lokasi pilihan,
Sama-sama kita nanti,
Bakal berlansung April 29.

Aku di sini, melihat saja,
Cinta berputik mekar mewangi,
Harapan aku, ia kekal bahagia,
Moga kekal sehidup semati.

Bahan Mentah Daripada: http://www.rotikaya.com/


Rungutan Sang Cengkerik: Ajal, Maut, Jodoh & Pertemuan Di Tangan-NYA...=)  


7 comments:

Muttallif said...

Selamat Pengantin Baru :)

Sha Mohamed said...

hohoho... kahwin sudah... kalo sudah tertulis jodohnya lari kehujung dunia pun pasti bersatu...

Mr. Jagung said...

Mutallif:
hehe..selamat pengantin baru...hehe..=)

+kasih+:
betol2..hehe..

Unknown said...

sama cntik sama padan... :))

Mr. Jagung said...

Diary oF Mine:
tp jagung lagi kiut dr jejai...hahaha

Link said...

Tahniah Fasha. Jaga perkahwinan tu baik2

Cendol said...

em em em jejai fasha jejai fasha jejai fasha nora jejai fasha
HAHA