Musim 4: Kisah di Cathay Cineplex




Malam tadi, aku ada pi tengok movie dgn kengkawan kat Cathay Cineplex e@Curve..da lama gila aku tak pi tengok movie kat skrin besaq (besar) ni, tiba-tiba malam ni teringin la pulak nak ikut. Tambah2 pulak, depa (diorang) nak tgok cite “Wrath of the Titans”. Aku memang suka cite2 epik, perang2 & lawan2 pakai pedang neh. Ala..cam cite Troy, The Lord of the Ring Trilogy dan macam2 lagi la. Papon, layan jela, apa yang aku nak ceghita (cerita) kat bawah ni…LAYANN~~


::Ni la ceghita yg aku tengok::


Panggung wayang tempat hiburan,
Skrin besar, kerusi tersusun rapi,
Ramai orang memberi kunjungan,
Tapi aku masih jarang pergi.

Hari ini lain sekali,
Aku mengikut, melangkah pergi,
Sampai ke pintu aku berhenti,
Biar rakan jalan mendahului.

Bukan kehendakku berkelakuan begini,
Jauh sekali harap rakan belanja diri,
Tapi aku kelu sendiri,
Bila sampai giliran untuk membeli (kes x reti beli tiket..haha).

Bukan salahku, aku jadi begini,
Sebenarmya aku, belum biasa lagi,
Menonton movie di layar besar ini,
Selalunya hanya menonton TV.

Sungguh berbeza cinema dengan TV,
Tiket mahal bagai nak mati,
Boleh menonton hanya sekali,
Bila habis rasa sungguh rugi.

Tonton TV tak henti-henti,
Semuanya percuma, semuanya “free”,
Bila hendak tonton movie terkini,
Beli saja DVD di Speedy.

Tonton DVD seronok sekali,
Boleh “rewind” sesuka hati,
Boleh “replay” bila nak tonton lagi,
Boleh juga berkongsi-kongsi.

Berbalik cerita ke tonton movie (di cinema),
Ke-6 kali, aku ke sini,
Kali pertama, tonton animasi,
“Pengembaraan Bemula” tajuk diberi.

::ni pulak, ceghita pertama aku tgok kat cinema::


Memandangkan dah p tengok cite neh, kalau ada masa lapang nanti, boleh la aku wat review ckit pasal movie “Wrath of the Titans” neh. Tunggukan kedatangan review movie pertama aku. Cewah..syok sendiri, macam la ada orang nak baca blog hang (kamu)..hehe~


Rungutan Sang Cengkerik: Seperti rusa masuk kampung je aku bila aku masuk cinema..=) 


2 comments:

Rainz MZA said...

sama2.. no prob.. akaun baru ke?

Si Jagung said...

yup..baru..haha..
tiap ari dok baca blog org ja..syok bw neh..try wat, payah gila nak taipnya..respek la kat senior2..=)