Musim 5: Perjalanan Pertama Part 3 [Interview]


Assalamualaikum dan salam SATU Malaysia..waah!!..macam pembaca berita kat TV la pulak..tapi yang sedih nya, aku jarang tengok TV, sebab tak mampu beli, maklumlah tak keja lagi, lagipun kat asrama tak boleh bawak TV..uhuhu..haa..walaupun tak keja lagi, tapi entri kali ni tentang keja la..camni ceghitanya..........heeee~

Baru-baru ni, aku ada pi "interview" keja..tu la tujuan utama aku pi Kuantan aritu..owh bagi yang tak tau boleh la jengah kan kepala kat sini [Musim2] dan [Musim3] dan ni adalah part terakhir, konon nak wat "Trilogy" la..hehe..tapi aku tak berharap sangat la, sebab "interview" pun hampeh ja..uhuhu..my bad..(T_T)..

So, untuk senang cite, baca jela kat bawah..LAYANN~


::Sumber - http://www.spiderwebx.com::



Bila sampai malam kian larut,
Perut lapar, berbunyi sudah,
Berfikir tempat nak menjamu perut,
Jumpa kedai makan, hentam sajalah (lapar punya pasal..hehe).

Penat sungguh badan aku,
Balik rumah terus terlentang,
Mata terlelap, terus beradu,
Terlupa sudah matlamat penting.

Tujuan sebenar, aku ke sana,
Untuk menghadiri temuduga kerja,
Tapi semalam tetidur pula,
Persediaan langsung tak ada (haha..gamble jela).

Awal pagi kalut bermandi manda,
Risau juga, terlambat menghadiri,
Maklumlah pertama kali “interview” kerja,
Tak ada pengalaman lagi.

“Interview” mula pukul 10 pagi,
Ketar lutut aku dibuatnya,
Menggigil-gigil aku macam nak jumpa tok kadi,
Jantung berdegup, macam tengah berlumba (macam tengah “sprint" 100 meter ja..haha).

Bila sampai giliran aku,
Melangkah laju pura-pura  berkeyakinan,
Tapi kaki macam tak nak maju (cam tak nak gerak jee..uhuhu),
Badan pula berpeluh sakan.

Waktu di "interview” nervous sekali,
Suara tersekat di kotak suara,
Nasib baik “interviewer” baik hati,
Kurang sikit “nervous” nya.

Macam-macam soalan yang ditanya,
Pening aku memikirkan jawapannya,
Ada jawapan ikut logik saja,
Ada juga jawapan kena ikut skema (soalan akademik la..).

Bila sudah habis sesi aku,
Senyuman terukir tanda kebebasan,
Tak mengharap mereka pilih aku,
Sebab “performance” agak menghampakan (sabar jela).

Kali ini aku berserah sahaja,
Ini percubaan kali pertama,
Anggap sebagai latihan saja,
Supaya diri lebih bersedia (pengelaman tu penting..hehe).


Rungutan Sang Cengkerik: Alah bisa, tegal biasa...=)


4 comments:

ain'syaa said...

hey . thnks follow ain . ain dah follow balik .;) . nak jagung satuu . huhu

Mr. Jagung said...

hai..=)
sama2..n terima kasih gak folo saya balik..hehe
cuba cek kat peti surat, saya dah pos tadi..hehe~

Muttallif said...

Semakin banyak kita dapat interview, semakin kita berkebolehan untuk berhadapan orang lain. Itu kebaikkannya

Mr. Jagung said...

#Mutallif:
Betol2..dapat pengalaman..n dapat tackle soklan yg kerap ditanya...