Buat apa aku kecoh-kecoh naik komuter aritu [rujuk Musim 2] walaupun dah tau orang ramai??..kenapa tak naik je moto kapcai buruk aku tu??..sebenarnya aku nak pi Hentian Putra..dari situ nak pi Kuantan..kalau setakat round-round Kolompo (KL), boleh ja naik kapcai..ni nak pi jauh, kat mana nak tambat moto aku tu kan..walaupun buruk, tapi masih laku lagi tu, buat jual besi buruk..ohoho..
walau apapun, kalau nak tau cerita selanjutnya...bolehlah baca kat bawah...LAYANN!!~
Sekian lama, berdiri aku,
Tiba sudah destinasi dituju,
Tanpa berlengah, melangkah lalu,
Berjalan laju, menuju ke pintu.
Tak tahu arah ingin dituju,
Sama ada kanan ataupun kiri,
Nasib baik, ada orang membantu,
Pandang sana, pandang sini,
Sungguh asing suasana di sini,
Walaupun bertahun aku menghuni,
Hentian Putra, pertama kali dijejaki.
Dari Putra, Kuantan dituju,
Jauh jaraknya, beratus batu,
Nasib baik, UTAMA (bas) datang membantu,
Kalau berjalan, bila nak sampai pun tak tahu.
Jalan ke Kuantan, mencabar sekali,
Bukit-bukau, di sana-sini,
Bengkang-bengkok, sungguh berseni,
Pandang keluar, cerun di tepi.
Pergi Ke Kuantan, seorang diri,
Ini kunjungan, kedua kali,
Kali pertama, belum buat blog lagi,
Maka tak ada, entri di sini (hehe..).
R&R Maran, berhenti berehat,
Penumpang turun, aku terlelap (lena saja),
Diriku terasa amatlah penat,
Suasana di luar kian gelap.
Aku bertolak , waktu petang,
Sampai sana, malam menjelang.
Nasib baik kawan sudi datang,
Kalau tidak, menangis lah sorang-sorang.
Nasib baik kawan aku kat Kuantan, dengan lajunya datang jemput aku kat Terminal makmur bawak pi rumah dia..kalu tak, tidoq kat kaki lima la jawabnya..hehe..apapun, terima kasih lah kat kawan aku tu (walaupun kompom dia tak baca entry ni)..hahah~
Rungutan Sang Cengkerik: Kawan ketawa menghilangkan diri, kawan menangis kekal di sisi...=)
No comments:
Post a Comment