Celoteh 23: The Avengers


Yeahh..semalam berjaya jugak aku pi tengok "The Avengers" 3D sebelum balik kampung..hehe..best jugak cerita ni...

Sapa tak tengok lagi??..sila lah pi tengok..tapi boleh ja kalu nak download..dah ada dah versi CAMrip..silalah tanya encik google, nak downlod kat mana..hehehe..papun..kat bawah ni aku ada wat review, dari perspektif aku yang berjiwa orang tua...ohohoh..LAYANN~

::The Avengers Poster::
The Avengers movie box-office tahun ini,
Boleh ditonton dalam 2D dan juga 3D,
Kisahkan tentang superhero gagah berani,
Lawan musuh, pertahankan bumi.

Celoteh 22: Ini Saja Yang Aku Mampu !!


Semangat aku berkobar sakan,
Bukan semangat nak turun ke jalanan,
Jadi, apakah punca aku meroyan?
Tunggu sekejap aku “story” kan.

Sebenarnya aku nak balik kampung,
Semangat berkobar, tak sabar sangat,
Tengah mengemas, beg dah kembung,
Banyak sangatkah barang nak sumbat?

Puas aku susun sana sini,
Terpaksa juga aku fikir kembali,
Mungkinkah ada cara lain lagi,
Pening kepala aku memikir strategi.

Celoteh 21: Fasha Sandha Dah Nikah !!


Waktu terbang di alam maya,
Mendarat aku di planet RotiKaya,
Sudah lama aku tak ke sana,
Owh, ada berita menarik tersedia.

Selepas pelbagai kontroversi dilalui,
Pelbagai onak ranjau direnangi,
Akhirnya bersatu juga merpati sejoli,
Fasha Sanda dan Jejai selamat bertaut kembali.

Dinikahkan oleh bapa sendiri,
Hanya 2 kali lafaz, Fasha bergelar isteri,
Sungguh hebat Jejai kawal diri (tak gabra langsung),
Maklumlah ini kali kedua, dia hadapi (hehe…expert dah).

::http://www.rotikaya.com/::

Busana warna cerah pilihan hati,
Hasil rekaan Rizman Ruzaini,
Crowne Plaza Mutiara Hotel menjadi destinasi,
Tempat bersejarah janji termateri.

Majlis resepsi jauh sekali,
Bali menjadi lokasi pilihan,
Sama-sama kita nanti,
Bakal berlansung April 29.

Aku di sini, melihat saja,
Cinta berputik mekar mewangi,
Harapan aku, ia kekal bahagia,
Moga kekal sehidup semati.

Bahan Mentah Daripada: http://www.rotikaya.com/


Rungutan Sang Cengkerik: Ajal, Maut, Jodoh & Pertemuan Di Tangan-NYA...=)  


Celoteh 20: Biasa Itu Simple !!

Assalamualaikum Semua.


Nampak tak header kat bawah?..tu bukan header aku..sebab tak dak jagung..haha..


Bukan apa, baru-baru ni, tuan empunya header kat atas da review ckit pasal "Ladang Jagung Yang Biasa-Biasa Saja" ni..hehe..


So, macam biasa la..layann..."Membaca Jambatan Ilmu"..cewah..slogan yang dicuri dari dinding sekolah rendah aku dulu..hehe..


Wah, ada review tentang blog aku,
Reviewer tu datang beritahu,
Tanpa buang masa, aku klik laju-laju,
Nampak header blog aku kat situ.

Reviewer kata nak suruh aku,
Bekalkan jagung setiap hari,
Dia ingat aku tokey Pos Laju,
Kalau nak, datanglah sendiri (hehe..gurau aje).

Kalau nak tahu reviewer itu,
Boleh la klik kat bawah sana,
Kat header nye ada kupu-kupu (ke rama-rama?...ahh lebih kurang saja),
"Bese-Bese Sudey" menjadi "trademark"nya.


"Minah Sempooot" panggilan manja,
Namanya pelik buat aku tertanya-tanya,
Kat manakah rumah kediamannya,
Adakah kat puncak Bukit Bendera (semput mendaki).

Mari ramai-ramai klik saja,
Ke Blog Sempooot nun di sana,
Blognya simple tapi ceria,
Entri pula sempoi-sempoi semua.


Rungutan Sang Cengkerik: SempooOt Den Mendaki Bukit Bendera...=) 



Celoteh 19: Terima Kasih Kawan-Kawan !!



26 Mac tarikh pendaftaran,
Semalam genap usianya sebulan,
Apakah yang sedang aku merapu meraban?
Kalau nak tahu, teruskan bacaan.

Sebenarnya aku sedang pandang ke belakang,
Singkap kembali sejarah penubuhan,
Mulanya sekadar penuhkan masa terluang,
Tapi kini dah jadi sebahagian kehidupan (perghhh..bajet gitu).

Aku sedang berbicara tentang blog ini,
Sudah sebulan usianya semalam,
Mari kita sama-sama ungkapkan kembali,
Semua perkara yang sudah tenggelam.

Selama ini hanya menjadi pembaca,
Menjadi “silent reader” di merata-rata,
Sebulan lepas gatal tangan nak mencuba,
Lahirlah “Ladang Jagung” yang biasa-biasa saja.

Ada kawan-kawan blogger bertanya,
Kenapa Jagung menjadi tema,
Kenapa entri mesti ada pantun diakhirnya?
Saya terkelu, terdiam dan juga terkesima (nanti saya buat sidang media untuk bagi penjelasan..haha).

Sehingga kini, hanya 24 entri saja,
Tapi itu sudah memadai bagi saya,
Sebagai blogger yang baru di alam maya,
Mohon tunjuk ajar dari rakan-rakan semua.

Kesempatan ini saya alu-alukan kedatangan anda,
Terima kasih kepada yang sudi “follow” saya,
Terima kasih juga kepada “chatter” di fibox sana (cbox juga),
Terima kasih juga untuk komen-komen anda (barulah meriah entri..(^_^).


Rungutan Sang Cengkerik: Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi...=) 


Celoteh 18: Demi Masa - Lagi Laju Dari F1 !!

Assalamualaikum..


Wah..sungguh sibuk aku 2, 3 menjak ni..uhuhu..nak "blog berjalan-jalan" pun tak sempat..apa yang aku buat ya??..entah..ohoho..pos entri pun dah lari "timing" dia..petang pulak..huhu..papun..jom pakat-pakat baca entri terbaru aku..hee

Kalau ada kesempatan masa nak baca, bacalah semua..kalau tak sempat, baca lah setakat mampu, 3/4 ke, setengah ke, 1/4 ke..baca tajuk je ke...tiada unsur paksaan atau tirani di sini..hehee..(^_^)..

::Berjalan-Jalan @ GOOGLE::

Celoteh 17: Korn dan Kerengga..Apa Persamaannya?


Apa pandangan anda?..ada tak persamaan antara Korn dan Kerengga?..aku pun tak pasti ada tak persamaan..hehe..papun layan jela apa yang ada kat bawah...baca dengan risiko tanggungan sendiri ya..hehe...(^_^)..

Korn dan kerengga apa persamaanya?
Aku sendiri pun tertanya-tanya,
Kenapa aku perlu fikirkannya?
Sekadar suka-suka, menghabiskan masa (ceh..tak dak keja betuii).

Serius aku kata, memang tak sama,
Korn mungkin tumbuhan, mungkin juga band ternama,
Kerengga pula adalah serangga melata,
Yang dijumpai pada pokok jambu dan juga mangga.

::waktu dulu2 rajin jugak dengar::

::Kerengga ganas..haha::
_________________________________________________________________________________

Celoteh 16: Hari BUMI


SELAMAT HARI BUMI 2012
[22nd April 2012] 


Ahad sudah menjelma,
Esok Isnin hari bekerja,
Kalau cuti rasa tak lama,
Cepat saja masa berlalunya.

Hari ini ada event penting,
Seluruh dunia turut menyambutnya,
Hari Bumi telah datang,
Apakah pengisian yang sewajarnya?

Celoteh 15: Proton Preve Giveaway

Ini "giveaway" pertama dari Ladang Jagung. Mari ramai-ramai join. kalau nak tau apa hadiahnya..sila tengok kat bawah. 


Grand Prize: Sebuah Proton Preve !!!!

::Sumber: http://www.gvishnu.com::


Tak percaya ??..percayalah..percayalah mata anda. Sesungguhnya ini benar-benar belaka...ohohoho..semua rakyat Malaysia yang ada beeeeloooggg boleh join. Apa tunggu lagi??..cepat join ramai-ramai..(^_^)..

Macam mana nak join??..ada di bawah syarat-syaratnya...

1) Ada blog, rakyat Malaysia
2) Jadi follower blog, fesbuk, twitter, Google Plus, Tumblr & Photobucket Ladang Jagung.
3) Klik suma iklan kat Ladang ni.
4) Vote Ladang Jagung untuk Digi Award.
5) Buat satu entri "Ladang Jagung: Proton Preve Giveaway" dan tampal banner khas yang ada kat bawah kat entri anda.

6) Tag 5 orang rakan anda an pastikan mereka mengetahui telah ditag.
7) Linkkan ke entri ini dan pastekan link entri anda kat ruangan komen.
8) Dalam entri anda, buat satu slogan "Saya berhak memenangi Proton Preve kerana ............." tak lebih 20 patah perkataan.
9) Siap..mudah kan??...untuk syarat TAMBAHAN..kena BACA entri ni sampai habis ya kawan-kawan...(^_^)

_________________________________________________________________________________

Celoteh 14: Tidur - Satu Kemahuan atau Keperluan?


:: Diedit daripada http://sumbatparok.blogspot.com::

Sungguh penat badan aku,
Sampai rumah, tidur saja,
Tak sempat nak melawat kamu.
Wahai rakan –rakan blogger semua (gomene..ehh..tiba Japanese pulak..hehe).

Tidur mencukupi amat perlu,
Tapi aku selalu tak begitu.,
Tidur pula tak ikut waktu,
Malam berjaga, siang beradu (cam batman ja..hehe).

Celoteh 13: Dulu Puduraya, Kini Pudu Sentral - Adakah Hanya Sekadar Perubahan Nama?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kalau kita naik kapai teghebang (kapal terbang) nak pi ke sesuatu tempat, first impression kita tentang tempat tu tentulah bergantung kat suasana lapangan terbang dia kan (serta bilik air nya..hehe). Kalau cantik, bersih & tersusun, seronok je tengok kan..kan..

So, bagi yang tak dak duit macam aku ni tentulah naik bas je. So, first impression penumpang bas, tentulah stesen bas kannnn..hehe..

Sebut stesen bas, teringat aku waktu pi Pudu Sentral aritu, dah cantik la ni. Tapi tak tau lah boleh bertahan berapa lama, kalau mentaliti masyarakat (termasuk aku) masih tak berubah, keadaan lama akan berulang..huhuhu..papun mari kita tengok perubahan yang dah dilakukan..baca saja..stakat yang termampu..(^_^)..


            Puduraya, stesen bas kita,
            Tersergam indah, di tengah kota,
            Dari jauh, sudah nampak nyata,
            Warna menarik, terpesona mata.

            Puduraya, stesen bas kita,
            Satu semanjung, pusatnya di sana,
            Berpusu-pusu, warga mengunjunginya,
            Ada berjalan kaki, ada yang berkereta.

            Puduraya, stesen bas kita,
            Menjadi nadi, nak balik raya,
            Hubungkan kota dengan desa,
            Hubungkan diri dengan sanak saudara.

Celoteh 12: Cerai Lagi??..Apa Kesudahannya??..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Okeh..seperti yang dijanjikan, hari ni kita sambong bahagian terakhir bagi slot trilogi celoteh retis selepas semalam (orang Kedah sebut kelmarin..hehe) tergendala sekejap untuk bagi ruang kepada slot penaja..cakap cam ni segmen NONA kat TV3 ja..hehe..

Tanpa lengahkan masa, baca saja..(^_^)..

::Diedit daripada: http://baby-giant.net::

Dua, tiga hari kebelakangan ini,
Sudah heboh satu Malaysia,
Ada retis bercerai lagi,
Bagi yang tak tahu, siapakah dia??

Aku bukan wartawan media,
Nak cerita kisah retis sini sana,
Cuma aku terpanggil saja,
Untuk menulis satu rencana.

Celoteh 11: Cerita Follower Ke-100, Pertama & Sticker Cik Kay Jue


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cubaan suara..cubaan suara..1, 2, 3…hee..ok..hari ni aku “stop” kejap celoteh retis, sambung esok pulak..yup..ESOK..entri terakhir untuk slot celoteh retis bakal menjelma..cewah…nak trilogy lagi..haisshh..hehe..

Hari ni berhenti sebab da event penting…jeng..jeng..jeng..hehehee..

Pengumuman….semalam Ladang Jagung dapat “follower” ke-100..tenkiuuu…dan pageview ke-1000..terima kasih sokongan anda semua..


FOLLOWER KE-100
Dia datang tanpa suara,
Dia pergi tanpa kata,
Tapi jejaknya masih ada,
Itulah “follower” ke-100 saya.

Aku ‘follow” langkah tinggalannya,
Akhirnya sampai destinasi tujuan,
LIVE.LOVE.LAUGH diberi nama,
Misz Anis selaku si tuan.

::Follower Ke-100 - Misz Anis::


FOLLOWER PERTAMA
Tanpa yang pertama tiada yang lainnya,
Kesempatan ini, aku sebutkan nama,
Darliana pula follower pertama,
Sungguh terhutang budi aku dengannya.

Tanpa prejudis, dia klik saja,
Walaupun aku pendatang baru,
Gembira aku dapat follower pertama,
Kerana aku masih malu-malu (malu nak promote blog da..haha).

::Follower Pertama - Nurul Darliana::



           Cik Kay Jue
Dan satu lagi berita gembira, siang tadi, aku jugak dapat “sticker” bertemakan jagung daripada Cik Kay Jue..

Siang tadi ada berita gembira,
Dapat e-mail dari rakan maya,
Cik Kay Jue hantar sticker lawa,
Paling seronok, ianya percuma (hehe).

Sungguh kreatif Cik Kay Jue kita,
Kejap saja dia siapkannya,
Ada masa nak blajar juga la,
Sapa nak, boleh tempah segera.

::Terima Kasih CKJ::


Kesimpulannya,

Untuk follower ke-100 dan pertama,
Terima kasih semua untuk segalanya,
Follower lain juga termasuk sama.
Tanpa anda siapalah saya.

Terima kasih jugak Cik Kay Jue,
Bagi sticker secara free,
Di lain hari, di lain waktu,
Boleh la buat lagi (hee).


Rungutan Sang Cengkerik: Terima Kasih kepada Semua Tak Kira Anda Yang Keberapa...=) 


Celoteh 10: Zed Zaidi Vs. Aaron Aziz !!


::Diedit daripada http://www.myinfo101.com::

Anugerah berprestij baru berlalu,
Kehangatannya masih lagi terasa,
Semua orang sudah pun tahu,
Aaron Aziz menang bintang popula (popular).

Aku tak kisah siapa memenanginya,
Sebab aku bukan pengikut setia,
Tapi bagiku Aaron layak memenanginya,
Lakonannya boleh tahan la.

Celoteh 9: Tolonglah Kami !!

::Diedit daripada http://hero-envy.blogspot.com/ &  http://ask-the-wonder-pets.tumblr.com/::

Sewaktu menjelajah ke blog berita,
Ada berita baru, ada jugak lama,
Bila terbaca satu cerita,
Tersenyum sinis aku membacanya.

Ada retis meluah perasaan,
Sudah semesti dalam fb atau twitternya,
Blog berita buat entri olahan,
Tentang peminat mengutuk dirinya.

Celoteh 8: 290??



Assalamualaikum semua (^_^)


Ada apa dengan 290?..sebenarnya macam-macam ada..kalau nak jadi 291, 300 atau 1000, nombor 290 mesti kena lalu dulu kan...ala macam orang selalu kata, tak cukup sekupang (seposen) tak kan jadi sejuta...kan..kan..kan..(^^,)..

Tapi ni tentang "follower" blog...yaaa...tuah aku belum pudar [diiringi lagu Rossa]..kali ni Nur Amirah telah sudi wat entri untuk aku sempena menjadi pengikut ke-290..terharu..sungguh banyak airmata aku mengalir minggu ni..(T_T).hehee..

::JOM TERJAH BERAMAI-RAMAI::

Terima kasih adik, ni da sikit ole-ole untuk Amiera...bacalah selagi termampu...LAYANN~~

Celoteh 7: Ladang Jagung Dapat Header Baru!!



Assalamualaikum dan Selamat Pagi..hehe~

Hari ni amat bersejarah untuk "Ladang Jagung"...sebab akan dapat "header" sendiri buatan tangan..hehe..tapi amat la susah nak buat, so aku telah ceghitakan kesusahannya dalam bait-bait selamber kat bawah..

Papon, terima kasih kerana sudi membaca..bacalah setakat yang mampu ya...LAYANN~~


||
||
||
||
V

Celoteh 6: Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-14

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Wah...da lepas pukul 12..maka dengan rasminya cuti arini da abeh..esok rutin harian akan bersambung, kalau yang keja, kena la pi keja, kalau yang sekolah, kena la pi sekolah...uhuhu (T_T)..kalau cuti je, kejap je masa berlalu ya..kan...kan..kan..hehehe~


Hari ini first time, kita cuti sebab "Pertabalan Yang Dipertuan Agong"..dan first time, acara dibuat di istana baru Jalan Duta..so, sebagai merayakan hari penting negara dan juga hari cuti (yang ni penting..hehe)..aku reka la buah tangan sikit untuk hari ni..DAULAT TUANKU!!..

So, LAYANN~
::Aku buat sendiri banner ni & Gambar Istana: http://ceritakini.com/::

Celoteh 5: Follower Sandra Ke-1000..


Assalamualaikum semua..(^_^)..

Teman ada berita gembira lagi, nampak gayanya tuah teman tak habis lagi ni..hihihi..ceghita dia sama je cam kat [Celoteh 3]...maklum la orang baru, di dunia baru..selalu la pi melawat rakan2 sedunia..dah melawat mestilah tinggalkan "footprint" dengan jadi follower & tulis kat "chatbox", kalau dalam ceghita ni, "chatbox" yang ada kat situ jenama "cbox"...hehehe..


Celoteh 4: Kontest- Dia Dihatiku, Dia Idamanku



ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera,

Aku rasa "contest" ni cam menarik ja..so nak join lah. Aku tak de la memilih sangat, tapi masih la ada ciri-ciri yang diingini kan..hehe..semua ciri-ciri tu dah dirangkumkan dalam pantun tak serupa pantu kat bawah..hehe..baca jangan tak baca..(^_^)..

::Sapa nak join klik kat banner ye::

Celoteh 3: Follower ke-222


Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Ini da ceghita baru, tadi cam besa la aku lepak2 kat "Fibox" tapi tak chat pon, just baca2 orang chat je (cam stalker je..haha)..sambil2 ber "blogwalking"..rutin biasa la sebagai orang baru dalam bunia blog tanpa sempadan ni...dan waktu blogwalking tu sampai la kat "Zizie's Official Homepage"..dan sekali lagi sebagai rutin "newbie", aku akan klik untuk jadi "follower"...tapi rupa-rupanya aku follower ke-222 dan special entri dibuat untuk aku..wah..terharu aku..


So, aku reka la pantun ni untuk Zizie..baca la ye...LAYANN~



Musim 5: Perjalanan Pertama Part 3 [Interview]


Assalamualaikum dan salam SATU Malaysia..waah!!..macam pembaca berita kat TV la pulak..tapi yang sedih nya, aku jarang tengok TV, sebab tak mampu beli, maklumlah tak keja lagi, lagipun kat asrama tak boleh bawak TV..uhuhu..haa..walaupun tak keja lagi, tapi entri kali ni tentang keja la..camni ceghitanya..........heeee~

Baru-baru ni, aku ada pi "interview" keja..tu la tujuan utama aku pi Kuantan aritu..owh bagi yang tak tau boleh la jengah kan kepala kat sini [Musim2] dan [Musim3] dan ni adalah part terakhir, konon nak wat "Trilogy" la..hehe..tapi aku tak berharap sangat la, sebab "interview" pun hampeh ja..uhuhu..my bad..(T_T)..

So, untuk senang cite, baca jela kat bawah..LAYANN~


::Sumber - http://www.spiderwebx.com::

Celoteh 2: Contest Thank You Allah For?


Terima kasih kepada Ashida Md Anuar kerana jemput aku join contest dia..terima kasih..terima kasih..=)



Thank you Allah for giving me a life,
Give me a chance to enjoy this cosmos,
There is nothing I want throughout my life,
Thy blessing is what I deserve the most.



Maaf ye, panjang sikit..tapi jawapan dia "Thank you Allah for giving me a life" je..tapi sebab konsep entri aku tulis sumanya pantun, so..terpaksa la tambah lagi 3 ayat penyedap kat bawah tu..hehe..


                                            Kawan di tag: Tiada [segan i nak tag..(^^,)]

Celoteh 1: April Fool's Day - Janganlah Hangpa Ikut Semberono!!!!


Bila sebut ja bulan April, budak baru merangkak pon dah tau trademark bulan ni...APRIL FOOL..ya..April Fool..orang lagi tau April Fool dari Hari Raya Aji, aku pon tak tau apa yang best sangat..pa yang mat saleh buat, orang ikut ja..haishh..budaya kita tak ajar tipu2 neh..Agama kita lagi la melarang keras..tp dari mana tah depa2 (bukan "depa" sukatan jarak tradisional tu, tapi "depa" = "mereka" ya..hehe) neh blajaq menda2 ngarot camni..uhuhu~

So, atas rasa kesedaran itu, saya reka pantun yang tak macam pantun kat bawah ni..walaupun aku sedar..arini da 5 April..April Fool's Day sepatotnya 1 April..tapi aku kira pa, sebab idea ni baru ja mai tak sat (kejap tadi) waktu tengah minum "minuman rendah lemak Yogurt perisa Strawberi" jenama "Bliss"..papun, LAYANNN~~



Musim 4: Kisah di Cathay Cineplex




Malam tadi, aku ada pi tengok movie dgn kengkawan kat Cathay Cineplex e@Curve..da lama gila aku tak pi tengok movie kat skrin besaq (besar) ni, tiba-tiba malam ni teringin la pulak nak ikut. Tambah2 pulak, depa (diorang) nak tgok cite “Wrath of the Titans”. Aku memang suka cite2 epik, perang2 & lawan2 pakai pedang neh. Ala..cam cite Troy, The Lord of the Ring Trilogy dan macam2 lagi la. Papon, layan jela, apa yang aku nak ceghita (cerita) kat bawah ni…LAYANN~~


::Ni la ceghita yg aku tengok::

Musim 3: Perjalanan Pertama Part 2 [On The Way]


Buat apa aku kecoh-kecoh naik komuter aritu [rujuk Musim 2] walaupun dah tau orang ramai??..kenapa tak naik je moto kapcai buruk aku tu??..sebenarnya aku nak pi Hentian Putra..dari situ nak pi Kuantan..kalau setakat round-round Kolompo (KL), boleh ja naik kapcai..ni nak pi jauh, kat mana nak tambat moto aku tu kan..walaupun buruk, tapi masih laku lagi tu, buat jual besi buruk..ohoho..

walau apapun, kalau nak tau cerita selanjutnya...bolehlah baca kat bawah...LAYANN!!~



Sekian lama, berdiri aku,
Tiba sudah destinasi dituju,
Tanpa berlengah, melangkah lalu,
Berjalan laju, menuju ke pintu.

Tak tahu arah ingin dituju,
Sama ada kanan ataupun kiri,
Nasib baik, ada orang membantu,
Beritahu arah untuk ditujui.