Celoteh 10: Zed Zaidi Vs. Aaron Aziz !!


::Diedit daripada http://www.myinfo101.com::

Anugerah berprestij baru berlalu,
Kehangatannya masih lagi terasa,
Semua orang sudah pun tahu,
Aaron Aziz menang bintang popula (popular).

Aku tak kisah siapa memenanginya,
Sebab aku bukan pengikut setia,
Tapi bagiku Aaron layak memenanginya,
Lakonannya boleh tahan la.
Tapi isu panas timbul pula,
Bila Zed Zaidi tidak berbangga,
Kerana Aaron bukan warga kita,
Ini pun boleh jadi isu juga?

Memang Zed Zaidi ada benarnya,
Retis kita ramai berbakat,
Tapi apakan daya kita,
Inikan suara dari peminat.

Isu ini tak sebesar mana,
Janganlah kita api-apikannya,
Bukan salah Aaron datang Malaysia,
Tapi “producer” yang memilihnya.

Aaron layak angkat piala,
Filem lakonannya buatan kita,
Pencalonannya pula bantahan tiada,
Patutnya awal-awal dah sekat dia.

Jika rasa ada silap dan salah,
Haruslah suarakan di awalnya,
Janganlah berkokok bila dah sudah,
Rumah siap pahat berbunyi bidalannya.

Hentikan saja isu ini,
Janganlah kita kecoh lagi,
Itu memang Aaron punya rezeki,
Harap Zed tercalon nanti.

Kita datang dari rumpun sama,
Mengapa harus berbalah sendiri,
Patutnya duduk bersama-sama,
Cari solusi martabatkan seni.

Pendapat ini pendapat peribadi,
Jangan sesiapa ambil hati,
Jangan pula saman penulis kerdil ini,
Aaronators janganlah “hack” blog ini.


Rungutan Sang Cengkerik: Bersama memartabatkan profesyen seni tanahair kita...=) 


19 comments:

Unknown said...

berpantun bagai.. haha.. even x minat Aaron, tp boleh kata dia layak.. lakonan dia pon mjadi..

Mr. Jagung said...

haha..a'ah..saya bukanlah peminat Ombak Rindu..tapi lakonan dia nampak real..xdela cam baca skrip..hehe

Nora Karim said...

tapi rasanya apa yang zed zaidi cakap tu ada betulnya... kesian artis2 kita... (ini pendapat saya...)

Mr. Jagung said...

a.ah..btol la jgak..tp patotnya persatuan seni bantah la awal2..bl da menang br nk kluarkan knyataan..xkan satu g piala nk trik balik cm yuna dl..hai..macam2 depa ni...=)

Nurul Farhan said...

dunia artis.. dunia hiburan mcm tu lah...

pape pun.. kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi..

chahaya<< bru nk minat AA sikit2 haha..

Sha Mohamed said...

Saya x minat AA tp da rezeki die nak menang lgpun undinye bkn banyak sesgt pun... peminat suke die nak wat camne... patutnye ZZ tu komplen maser awal2 bukannye lps keputusan dah kuar... kalo nak kate AA tu je orang luar, negara kita nie dah lama dilambakkan hasil dr negara luar bukan takat pelakon je, penyanyi, filem, drama, lagu kebanyakkannya dari luar belaka... yang tu xnk pulak komplen... diowg dtg sbb rakyat Malaysia suke.. jd camne tu????

Anonymous said...

zed zaidi jeles letteww ahakz :D
kenyataan demi kenyataan yg dia buat sejak akhir2 ni nampak sgt menunjuk2 jawatan yg dia pegang -,-

Mell Mariann said...

shahrukh khan dapat datok... zz xnak komlin ker....??? hahaha...

Mr. Jagung said...

# chahaya:
peminat AA la ni...kehkeh..saya minat Padayappa..baru btol2 hero..hehe

# +Sha+:
btol2..org Malaysia memang minat artis luar..sanggup bayar mahal2 nak amik pelakon/penyanyi luar..penuh stadium negara KPOP datang (mintak2 jgn da peminat KPOP, xpasal2 kena fire aku)..hahaha...

#sis92:
hehe..nak wat camna..dia timbalan presiden..hehehe..nak cermin gelap aje..hehe

# mrs mell zally:
tu pak menteri yg bagi (xbrani nak komplen la tu)...haha..

Cik Diana said...

amboi. sakan. berpantun segala. huhu. semangat tul ngan AA.. ;)

Sis AI said...

Stuju! Lain kali klu dh tau tak adil, kluarkn list nama asing awal2.. Bg sy Aaron layak menang. Dan dah rzeki dia, nk buat mcm mana lg?

Redha jela.. Yg pnting, yg rasa trcabar tu usaha brganda. Jgn hnya ckp shaja. Kna jdikn pmbakar smangat!

Mr. Jagung said...

# Cik Diana:
haha..xdela smangat sgt..saya minat cite tamil (nampak beno nipunya)..hehe..tp dh heboh2 kan..blogwalking org asyik wat entri ABPBH ja..saya pon nak buat jugak..haha

# Sis Ai:
kita sependapat..cewah..hehe..moga2 taun depan nampak org Malaysia rampas balik..hehe

..cik hana.. said...

dah rezeki aaron aziz nak buat camner...artis2 kita sibuk duk tayang pusat jer dan cari kontoroversi mengarut, tu yang tak dapat ...kehkeh :P

Mr. Jagung said...

# cik hana:
wow panas komen anda..hehe..pusat retis lain dr pusat manusia biasa..haha..(^^,)..

Dalila Diela said...

best pantun nie.
sokong Aaron :)
zed zaidi x sehebat aaron

Mr. Jagung said...

@Dalila Diela :
wah..peminat tegar neh..hehe..ahli grup Aaronators ka?//..hehe

Dalila Diela said...

haha..x de la sampai masuk grup aaronators. just suka tgk dia berlakon je.

ehem said...

Patut d wujudkn satu lagi kategori artis asing yg brjaya d M'sia. Baru le tak de complain & mmpu membina platform baru utk artis kita tingktkn mutu lakonan

Mr. Jagung said...

@ Dalila Diela :
seb bek bukan...da risau dah td...hehe

@ ehem :
idea yg bernas..saya sokong tu..=)